tips hilangkan kesan warna luntur pada pakaian

Assalamualaikum.


Pernah alami bila warna dari fabric/pakaian lain luntur lalu terkena pakaian anda(terutama pakaian kegemaran atau paling mahal) lepas tu sedih, pilu, stress macam tak ada harapan lagi dah? kedengaran agak over di situ tapi itulah kenyataannya.pakaian yang terkena warna luntur dari fabric lain sangat susah nak dihilangkan tahu? sebab tak tahu nak hilangkan macam mana, akhirnya terpaksa pilih solution terpilu iaitu membuang/tidak menggunakan pakaian tersebut lagi(tragik sampai hingus meleleh..strotttt! sedut hingus semula, kahkah).


jangan sedih, meh sini datin seri muka nak berkongsi satu cara yang telah diuji keberkesannya pada beberapa minggu yang lepas.saya dah cuba,cara ini sememangnya berkesan lagi menjimatkan.
terbuktinya cara ini bermula daripada tudung saya bertompok warna merah selepas dicuci.warna fabric merah telah luntur dan menempel di tudungku itueww, sobss.. selepas menggoogle segala jenis petua dan tips, akhirnya saya mencuba kaedah yang saya nak kongsi dengan anda ini.kredit kepada tuan punya blog yang share cara ini tapi maaf, saya lupa nama blog tersebut, padah bila dah buka banyak blog untuk cari cara terpaling mudah T___________T



hanya dua bahan yang diperlukan.serbuk pencuci dari jenama ikut sukahati.eh tak, maksud saya bukan jenama ikut sukahati, belum pernah berjumpa jenama tersebut, atau mungkin belum keluar di pasaran hewhew.. tapi guna lah apa saja jenama ikut suka hati hangpa.satu lagi bahan utama ialah cecair peluntur jenis lemon.mesti jenis LEMON! nampak datin seri dah caps lock tuh? takde lemon tak jadik! eh?.sebelum ini selalu je nak skeptikal dengan cecair peluntur.pada firasatku mengatakan peluntur ni akan melunturkan apa saja warna pada pakaian termasuk warna asal dan warna kulit tangan bila terkena beliau.. skeri mak! punya over pikiran datin seri ini, tapi selepas dah guna peluntur jenis lemon dan cara ini terus dahku kagum sambil tepuk-tepuk tangan sebab warna asal tak luntur, warna jahat(tompokan warna asing) sahaja yang hilang.bagus sekali!


ikut cara di bawah ini:-

bahan-bahan:
1. pakaian yang terkena warna.takde yang ni kau nak cuci hape?(cuci hotak barangkali?)
2. air bersih.
3. serbuk pencuci(saya guna jenama DAIA/TOP, tak pasti sebab mak iolss letak serbuk pencuci dalam balang tanpa packaging asal).
4. cecair peluntur jenis lemon( saya guna jenama kuat harimau gagah perkasa kim jong kook)

cara-cara:
1. masukkan air bersih secukup rasa  didalam baldi.agak-agak sampai tenggelam pakaian kita nak cuci itu.
2. masukkan 1/2 sudu atau 1 sudu serbuk pencuci(ikut saiz pakaian).saya nak buang kesan warna dekat sehelai tudung je, so saya guna suku sudu sahaja.suku wey bukan siku.
3. masukkan cecair peluntur dalam 5 penutup.
4. kacau sebati dan kemudian tarik nafas lega sebab warna tangan kau tak luntur poonnnn -.-'
5. masukkan pakaian anda dan kacau-kacau.takyah guna mixer, guna tangan pun boleh... kahkah.
6. biarkan terendam.untuk kesan warna yang teruk boleh biar selama 3 hari dan setiap hari tukar rendaman.ulang cara bancuhan yang sama.untuk tudung saya walaupun bertompok di banyak tempat, tapi kesan warna tak terlalu terang.jadi saya rendam selama 2 hari sahaja.jangan lupa sentiasa kacau ya puan-puan.bimbang adunan akan melekit tipu punya worang.
7. sila check adunan pakaian kita, kalau dah hilang kesan warna, maka dah boleh cuci bersih dan jemur sampai masak kering.bila dah kering boleh lipat masukkan dalam almari.tu pun nak kena cakap ke?


untuk bukti yang lebih kukuh naahhh saya sertakan gambar sekali.kesan tompok dah hilang, warna asal tudung pun tak luntur.kagum woh kagum! terlupa nak tangkap gambar sebelum dimana kesan warna merah bertompok berkeliaran di atas tudung ini.lepas ni tak heran dah kalau fabrik lain nak luntur warna(angkuh).cuba saja cara ini, insyaallah berkesan.kalau tak berkesan tu minta maap lah.mungkin fabrik anda jenis ketegaq nak mampoih kepala hang aku putaq(salahkan fabrik pula).


sila share entry ini kalau anda rasa cara ini berguna, kalau tak sekarang mungkin di masa yang akan datang, insyaallah.



terima kasih.




zoeyzauyah vlog EP 9 | hari raya haji 2016

Assalamualaikum.



Sebulan lepas adalah kali terakhir saya upload video dekat youtube.terharu saya bila ada yang mesej dan komen bertanya kenapa tak ada video baru? lepas tu mendoakan saya cepat sihat.alhamdulilah terima kasih sebab anda semua baik-baik dengan saya walaupun hanya kenal di alam maya.


sebenarnya saya tak sihat sejak sebulan yang lepas.sekarang baru rasa sihat sikit, maka berderet lah video tengah tunggu turn nak edit(berdoa semoga rajin edit, miahaha).sebelum video-video lain menyusul, ada baiknya hangpa tengok vlog yang ini dulu.tapi vlog kali ni pendek saja nah sebab tak banyak yang saya record.



vlog hari raya haji baru-baru ni.



pilih HD tau.jangan lupa subscribe youtube saya, http://www.youtube.com/zoeyzauyah




terima kasih.

diari hari raya ketiga, keempat dan kelima 2016.

Assalamualaikum.


Ketika entry dipublish, telahpun berlalu hari raya aidilfitri bahkan hari raya aidiladha sekali.amende lambat-lambat ni? relaks dulu, jangan nak gelabah boring sangat.sebagai penghabisan, nah saya persembahkan entry final bagi hari raya aidilfitri 2016! pompompom!(bunga api).



HARI RAYA KETIGA
.
.

diteruskan ke hari raya ketiga sebab hari raya kedua tidak berlaku apa-apa aktiviti selain memboringkan diri.raya ketiga abang saya dan kakak dari perlis dah balik sini.riuh satu rumah macam ada kenduri.awal pagi semua ibuk-ibuk, bapak-bapak, anak-anak seisi rumah teruja keliling meja untuk cuba spicy ramen samyang kpop bigbang yang dipukul canang tuh.anak-anak saudara lah yang paling teruja.satu bungkus/mangkuk ini dikongsi bersama sebab lebih kepada nak cuba rasa.ada yang berlagak sebab boleh makan pedas kahkah(terer depa ni), ada yang kecundang selepas dua suapan(ini saya.terpaksa mengaku, angkat bendera putih).sedap? boleh tahan, tapi pedas menyucuk lidah dan tekak langsung tak boleh terima.pemenang pada acara ini jatuh kepada anak saudaraku seorang atlet tinggi lampai auntie jeles.terer dia makan pedas.berkat berlatih netball setiap hari mungkin?



outfit saya untuk hari raya ketiga.baju raya beberapa tahun yang lepas dikorek semula semata-mata nak nampak suasana raya semasa bergambar ramai-ramai dengan family.kain untuk dibuat baju ini jenis sulam dari indonesia.saya dapat dari seorang peniaga online(syukur, rezeki).saya buat kurung moden yang simple je pun.shawl merah makngah tu saya beli dekat dreamon boutique.dah lama beli tapi baru rasmi waktu ni.bila raya semua dikorek semula.



dengan anak saudara saya.ini lah atlet yang kita borak tadi.



ini kakak saya yang tinggal di perlis luar negeri, jadi jarang-jarang dapat pulang ke kampung halaman.. kahkah.



selfie bergegar dengan abang saya(ini pun tinggal di luar negeri tipu), anak-anak saudara(anak kakak saya), mak dan kakak saya.jadi kita ada dua orang yang tinggal di luar negeri tipu didalam gambar ini, kahkah.



mari bergambar beramai-ramai.dalam berpuluh gambar, tak ada satu pun yang semuanya pandang kamera, tapi haku je yang tak miss siap pose di setiap satu(gambar).



anak-anak, menantu dan cucu arwah pak ngah mad.bergambar di halaman asmara rumah pasal takde sponsor bhahaha.



lepas bergambar ada yang pulang ke rumah sendiri, ada yang pergi beraya dan kami yang lain pulang lagi ke kampung mak sebab ikut abang saya nak balik tengok tok.tunjuk rumah sebenarnya sebab dia tak tahu rumah baru bapak saudara yang jaga tok.



3 generasi.tok, mak dan saya yang paling muda tuuu(kauorang belum rabun).



HARI RAYA KEEMPAT
.
.

baju raya saya untuk raya keempat.tahun ni buat 2 helai baju raya, satu yang dipakai ketika raya pertama, dan satu lagi yang ini.kurung moden juga.tudung dari tudungruffle.



ikut husband ke open house kawan U beliau.ingat dekat rupanya jauh di perak sana nunnn.. kebas bontot jalan jammed rumah jauh berhuhu..



brunch mcd di dalam kereta.belum sampai perut berkeroncong lagi.nampak tak, jauh tak jauh tempat dituju? T_________T



sudah sampai ramainya orang macam kenduri kahwin(over dahku, bhahaha).cari tempat duduk dan husband ambil makanan.amboi sedap sungguh laksa dia.tapi sayangnya tahan-lapar-lama-sangat-perut-masuk-angin-tak-boleh-habiskan-satu-mangkuk-pening-berpinar-duduk-tak-diam.suami ambil alih makan, dia kenyang haku lapar(nanges).



kawan-kawan husband.maaf, masing-masing muka diblur sebab nak bagi yang pink tu lagi menyerlah LOL.privacy sebenarnya tapi nak gak up gambar kau dah kenapa? LOL LOL.



pulang open house saja cakap kat husband dulu i penah pegi ban pecah area sini, terus husband nak singgah.laaa... i saja nak berlagak sebenarnya, tapi dia singgah pulak.bila dah sampai cepat-cepat tangkap gambar dan cari jalan keluar.bini pening bertambah pening dek air laut dan angin yang kuat gila.dah la nak keluar sampai kena tanya 3,4 orang. akhirnya berjaya keluar dan pulang dengan selamat.. fuhh lega!(kau tersesat kat amazon ke hapa nih?).



air laut dalam(pening...).



air laut angin kuat(double pening..).



pulang ke rumah dan nikmati lontong kakna buat.



HARI RAYA KELIMA
.
.

kakna dengan mak buat ketupat lagi.daun dah kering kontang tapi takpe, ketupat masih sedap menjilat jari wohh.



randang ayam.sedap wohh.



tamat lah hari raya 2016 saya.kalau anda tertanya-tanya tidakkah saya beraya ke rumah kawan-kawan atau saya sebenarnya tak ada kawan? sebenarnya 98% kawan-kawan saya telahpun berkahwin dan tinggal jauh.kalau yang dekat pun sama sahaja, tak jumpa juga.orang perempuan bila sudah berkahwin hanya luangkan masa dengan keluarga dan mengekor suami(macam saya...eh?).sebab itulah saya tak pernah update keluar dengan kawan dan sebagainya.semuanya isteri-isteri yang busy nokkss.. bila masa kau nak berjumpa peluk cium bergosip bagai?.


insyaallah panjang umur bertemu lagi di hari raya tahun 2017.kalau masih berblog boleh lah cerita lagi, kalau dak takde blog pasti anda senang hati tak payah baca entry makcik ini, sobs...



terima kasih.

mudahnya tanggalkan mekap guna célèc all-in one-cleansing water dan mudakan kulit guna célèc miracle secret

Assalamualaikum.


saya jenis yang suka kongsi produk best.kalau puashati dengan apa-apa produk terus tak sabar nak war-warkan dekat blog tercintah ini.produk yang saya review bukan semata kerana dibayar atau untuk promosi, tapi saya guna sendiri dan kalau berkesan baru diri tak rasa bersalah untuk review dan berkongsi dengan pembaca blog sekelian.


sama macam produk yang saya nak review kali ini.hanya yang berkesan layak direview.tapi terus terang cakap, sebelum ini saya tak pernah kenal dengan jenama cèléc, sekarang sudah menyesal, kenapa tak kenal sejak awal dulu? tak sangka jenama yang asing di pendengaranku rupanya sangat bagus lagi berkesan dan disukai diri sendiri.kalau anda cuba, anda pun pasti akan suka sebab produk dia bagus weh!


dua produk kegemaran yang saya guna sampai sekarang.célèc all-in-one-cleansing water dan célèc miracle secret.


REVIEW PRODUK PERTAMA

produk:
célèc all-in-one-cleansing water

saiz:
80ml

harga:
RM98.00

sebarang pertanyaan dan pembelian:-
email: ecolantic@gmail.com
whatsapp: 018-6680138

maklumat lanjut:-


célèc all-in-one-cleansing water.ini lah makeup remover yang paling saya suka.


fungsi célèc all-in-one-cleansing water:
  • pencuci dengan formula air yang lembut.
  • efektif menanggalkan mekap waterproof dan sunscreen.
  • menanggalkan mekap mata tanpa kesan rengsa.
  • memberi nutrient penting kepada kulit.
  • menjadikan kulit segar dan lembab tanpa sisa kotor.
  • mengurangkan kemerahan dan iritasi kulit.
  • menjadikan kulit lembut, bersih, lega tanpa kekeringan.
  • melambatkan penuaan.
  • tidak menyumbat pori.
  • menanggalkan lipstick.
  • menanggalkan mekap mata.
  • menanggalkan sebarang mekap dan sisa kotoran sambil menyuburkan kulit.
  • meningkatkan keanjalan.
  • tidak mengandungi alkohol.
  • pencuci all-in-one di dalam satu botol.
  • berasaskan air.
  • mengekalkan kelembapan.
  • antara bahan di dalam produk ini ialah trehalose + hyaluronic acid, iaitu kombinasi melembabkan yang menghidratkan semula kulit, mengunci/mengekalkan lembapan, meningkatkan keanjalan, menghilangkan kesan penuaan dan meningkatkan ketegangan kulit.
  • sesuai untuk kegunaan harian.
  • doformulasi di perancis.
  • dikilangkan di kilang bertaraf GMP dan HALAL.

kerana saya seorang jurusolek, jadi saya kerap mengenakan mekap.agak mencabar bila setiap kali nak tanggalkan mekap lebih-lebih lagi mekap jenis waterproof.kebanyakan makeup remover yang saya pernah guna mengandungi bahan berminyak yang meninggalkan kesan pedih di mata dan berminyak di kulit.sungguh tak selesa! kemudian perlu mencuci dua, tiga kali menggunakan pencuci muka semata-mata nak tanggalkan kesan berminyak di kulit.solution lain kalau tak nak kesan minyak di kulit ialah dengan menggunakan makeup remover berasingan untuk mata dan kulit.waterproof makeup remover yang berminyak tu untuk tanggalkan mekap mata, dan makeup remover biasa untuk tanggalkan mekap di kulit muka.tapi leceh kan banyak produk dan banyak step? sekarang mudah sungguh bila guna célèc all-in-one-cleansing-water.satu pencuci boleh guna untuk tanggalkan mekap dan kotoran di semua kawasan muka termasuk mata.


sebelah muka saya masih bermekap dan sebelah lagi selepas tanggalkan mekap menggunakan célèc all-in-one-cleansing-water.saya guna 3 kapas untuk tiga kawasan muka yang berlainan.sekeping di mata, sekeping di bahagian muka yang lainnya dan sekeping lagi di bibir.mekap saya agak tebal ya waktu ini, tapi mudah je produk ni tanggalkan semua termasuk mekap yang waterproof.habis bersih semua mekap dia tanggalkan.saya sengaja guna tiga keping kapas untuk bahagian wajah yang berlainan, tapi saya pernah guna sekeping kapas sahaja untuk cuci semua mekap yang tebal di semua bahagian wajah.jimat dan mudah!


kita test lagi keberkesanan célèc all-in-one cleansing water.ini mekap yang saya apply di atas tangan.produk ni semua yang sangat susah ditanggalkan selama saya menggunakan makeup remover jenama lain.selalunya kena cuci berkali-kali baru kesan mekap hilang tanpa kesan comot.


taadaaa! bahagian after telah dicuci menggunakan célèc all-in-one-cleansing water dan sebelah lagi dibiarkan dengan mekap.saya spray produk di atas sekeping kapas dan sekali sapuan sahaja mekap dah tertanggal dengan mudah.


pengalaman saya menggunakan célèc all-in-one-cleansing water:
  • berasaskan air dan ringan di kulit.
  • tak berminyak.jadi tiada kesan minyak dan tidak melekit.
  • berkesan menanggalkan mekap dengan hanya sapuan lembut.tak perlu tonyoh banyak kali.
  • berkesan menanggalkan mekap waterproof tanpa bahan/kesan berminyak.
  • menanggalkan maskara dan eyeliner waterproof dengan mudah tanpa pedihkan mata.
  • mata tak jadi comot dan tanpa sisa mekap yang hitam.
  • bau wangi yang mild dan fresh.
  • jenis spray dan mudah.hanya spray di atas kapas dan sapu lembut untuk tanggalkan mekap.
  • kulit menjadi lembut dan lembab setiap kali selepas digunakan/tanggalkan mekap.
  • kulit jadi bersih dari sisa mekap, terasa segar dan selesa.
  • all-in-one.satu produk boleh guna untuk membersihkan seluruh wajah, kawasan mata dan bibir.
  • secara keseluruhannya saya suka produk ini.the best makeup remover so far.percaya lah saya dah cuba macam-macam makeup remover tapi kebanyakannya berminyak dan tak selesa terutama di bahagian mata(typical waterproof makeup remover), tapi yang ini saya akan terus guna selagi berpuashati.anda patut cuba juga dan rasa sendiri pengalaman mencuci mekap dengan mudah dan berkesan!


REVIEW PRODUK KEDUA

produk:
célèc miracle secret.

saiz;
80ml

harga:
RM288.00

sebarang pertanyaan dan pembelian:-
email: ecolantic@gmail.com
whatsapp: 018-6680138

maklumat lanjut:-


célèc miracle secret.memang produk ajaib!

fungsi célèc miracle secret:
  • dalam masa 20 minit kulit kelihatan muda dan cantik!
  • dicipta untuk membantu menegangkan kulit.
  • melembabkan kulit.
  • melicinkan kulit.
  • mengurangkan garis halus dan kedutan.
  • mengurangkan eye bags dan dark circle.
  • mencerahkan kulit.
  • memperbaiki kulit.
  • meningkatkan keupayaan kulit untuk mengekalkan kelembapan.
  • penggunaan yang berterusan, wajah kelihatan lebih terbentuk.
  • kompleksi kulit kelihatan remaja.
  • palmitoyl tripeptide-5(syn coll) meningkatkan sintesis collagen sehingga 119%!
  • menjana collagen luar dan dalam.
  • penggunaan 3% dari kombinasi palmitoyl oligopeptide+palmitoyl tetrapeptide-10 menunjukkan kesan pengurangan kedutan sehingga 45% dalam tempoh 2 bulan.
  • meningkatkan keanjalan.
  • warna kulit bertambah baik.
  • penggunaan yang berterusan, bulan pertama; dapat membaiki dan menyahtoksin.
  • penggunaan yang berterusan, bulan kedua; tempoh membentuk.
  • penggunaan yang berterusan, bulan ketiga; meneruskan tempoh membentuk.
  • bulan keempat dan seterusnya; penyatuan.


saya bakal mencecah usia 30an tak lama lagi, jadi samada sedar atau tidak(atau pun buat-buat tak sedar dek kerana takleh terima kenyataan dah tua haha)sudah tentu saya mengalami perubahan di kulit wajah.kedutan mungkin sudah lama wujud sebelum saya sedar lagi, jadi saya perlukan produk yang berkesan untuk mengurangkan kedutan, mencegah penuaan dan menjaga keremajaan kulit.saya tak suka produk yang leceh, nak yang mudah dan berkesan je,tapi nasib baik saya cuba célèc miracle secret, mudah tapi berkesan.


cuci muka bersih-bersih dan halakan célèc miracle secret 5 - 6 inci dari wajah.pejamkan mata dan spray ke seluruh wajah dan leher.


pedap/urut lembut wajah dan leher supaya produk menyerap ke dalam kulit.


mungkin anda tak nampak apa yang berubah tapi saya dapat rasa sendiri perubahan di kulit saya.selepas beberapa minit spray célèc miracle secret di wajah, kulit berubah menjadi lebih glowing dan lembab.pori-pori seakan mengecil dan tekstur kulit jadi lebih elok.


pengalaman saya menggunakan célèc miracle secret:
  • kulit menjadi lebih glowing dan nampak sihat selepas beberapa minit menggunakan produk ini.
  • nampak lebih cerah.
  • menyegarkan kulit.
  • tekstur seperti air dan ringan di kulit.
  • mudah menyerap.
  • pori-pori nampak kecil sedikit selepas beberapa minit spray.
  • kulit lebih lembut dan lembab.
  • luka jerawat mudah kering dan sembuh.
  • tak berminyak dan tak melekit.
  • tiada bau.
  • saya akan gunakan secara berterusan supaya kedut kurang kelihatan, eye bags dan dark circle berkurangan.
  • keseluruhannya produk ni bagus dan kesannya segera.dengan penggunaan yang berterusan kita akan dapat hasil yang lebih baik.

ini lah dua produk yang saya guna sekarang.kalau anda berminat nak beli, boleh baca maklumat penjual yang saya bagi di atas tadi.harap review ini membantu :)



disclaimer:
saya review berdasarkan pengalaman diri sendiri guna dan description pengeluar.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



terima kasih.