zoeyzauyah vlog EP 25 | Persiapan raya.

Assalamualaikum.


Hallo, hallo! saya kembali dari demam yang panjang.Kali ini vlog sempena raya terpaksa dibahagi dua, persiapan dan hari raya, kalau tak, panjang sangat jadinya.So selamat menonton vlog persiapan raya 2017.Insyallah next, vlog hari raya pula.


Pilih HD.Maaf, banyak part low quality.Doakan saya dapat beli kamera baru cepat-cepat, amin.




Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 24 | Ramadan 2017

Assalamualaikum.


Sebab hari tu laptop tetiba rosak, jadi dikala orang lain dah simpan semua kenangan ramadan, saya baru nak terhegeh update pasal ramadan dan sewaktu dengannya.Maksud saya, tak boleh update awal-awal sebab laptop rosak( putar belit betul nak bercerita T__________T ).


Ramadan tahun ni hanya untuk edisi vlog saja ya, tak sempat nak buat edisi blog sebab sibuk merecord terlupa nak snap gambar, jadi tidak valid blog tanpa gambar.Macam la tak kenal saya yang mesti nak taruk gambar banyak-banyak tiap kali buat entry blog.Sila lah jamu selera eh! sila lah menonton vlog sahaja.


Pilih HD dan subscribe ke channel saya untuk latest video.
P/S: Selalu dapat mesej minta panjangkan vlog, naahhh yang ni panjang betul πŸ˜‚, harap tak terlena sewaktu menonton.Selamat menonton.



Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 23 | pre-ramadan, video recording, birthday surprise.

Assalamualaikum.


Hari ini hari ke 12 berpuasa, so how's your puasa so far? eceh annoying gila mukadimah dah tanya puasa orang, puasa sendiri taknak pulak kecoh-kecoh 😭


Sempena 12 hari berpuasa, nah saya update vlog terbaru buat isi masa lapang.Tengah bakar kuih ke, pasang pelita ke, boleh la tonton hilangkan bosan-bosan tuh.


Pilih HD dan subscribe ke chanel youtube zoeyzauyah supaya tak terlepas video saya yang terbaru.Selamat menonton.




Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 22 | organized my makeup, behind the scenes, anniversary.

Assalamualaikum.


Maaf telah menipu tanpa sengaja, konon nak update 3 vlog pada minggu ini tapi internet tak beri kerjasama maka terpaksa post vlog kedua pada malam ini yang hening dan syahdu dan..dannnn... ok cukup T___________T


Vlog terbaru belum sampai ke part berpuasa tapi takpe, asalkan ada muka minah kat atas ni pasti vlog akan menjadi ceria LOL.


Pilih HD dan subscribe chanel saya supaya tak terlepas tiap kali ada video terbaru.
Selamat menonton.


Terima kasih.

Popia tersedap

Assalamualikum.


Sudah tiba di bulan ramadan tapi masih terbayang-bayang di pikiran dan terasa-rasa di taste buds akan kesedapan popia mashed potatoes and mozzarella cheese buatan kakna, eceh nak gak letak bahasa omputih(taste buds tuh).


Sebab tak aci merasai kesedapannya seorang diri, mari saya kongsikan kat sini supaya semua orang pun boleh cuba buat sendiri pastuh dah makan sekali akan terbayang-bayang kesedapannya macam saya.Tapi kan ke bulan puasa semua pun akan terbayang macam sedap jeee? diam arr weh.. diam, diam T___________T


bahan inti;
kentang lecek, sosej, isi ketam(crab stick),
serbuk lada hitam,garam, mozzarella cheese.

kulit:
kulit popia

'gam' untuk melekat lipatan popia:
air atau jika mahu 'gam' yang power seumpama gam gajah, boleh guna tepung gandum dibancuh pekat bersama air.



Letak inti gemuk-gemuk dan lipat popia anda atau di dalam kes ini popia kami or popia kakna (sibuk nak explain).Kakna dia tak kedekut punya worang, inti ditaruk lebih dan popia beliau tetap ranggup krupkrap krupkrap bunyi pabila digigit eceh!



kakna dapat dalam 2,3 tupperware besar dan kecil.Buat lah banyak-banyak boleh simpan dalam freezer pastuh goreng ja bila-bila masa.



Lapar tengah malam no hal, nak cepat time berbuka pun no hal, gorengkan aja popia yang kat dalam freezer tuh.Goreng dalam minyak yang banyak sampai kekuningan.



Siap.Sedap woohh.



Ranggupnya kulit di luar dengan lemak-lemak rasa inti,Amboiii sedap sungguh, tak tipu.



Boleh disira atau dicicah sambal.Bertambah-tambah kesedapannya bila rasa lemak-lemak inti digabung bersama pedas dan manis kuah sambal.Ini lah yang dok terbayang sangat tuh (bercucuran air liur. LAP SEKARANG!).


Terima kasih kakna for the recipe, bertambah pahala shared dengan orang.. ke dah memang tersebar meluas resepi ini? i kan selalu ketinggalan tsk!



Selamat berpuasa kawan-kawan.
terima kasih.




zoeyzauyah vlog EP 21 | face mask, makeup, new glasses, going out.

Assalamualaikum.


Tajuk selalu nak omputih je padahal bila bercakap menggunakan bahasa ibunda kedah jelapang padi
weewiitt baq hang.Nak pesan, tolong tonton pada waktu malam kalau tak nak meringkuk kelaparan bila tonton di siang hari sebab kat dalam nih ada edisi makan dan minum.video dirakam sebelum puasa, sila jangan fitnah saya (pantun dua kerat).


Minggu ni minggu yang busy saya mungkin update 3 vlog dan juga entry-entry blog.Ceh busy seakan-akan membanting tulang, ko pehal? haha tak lawak T_______T.Sila beri sokongan, saya nak habiskan stok vlog dan entry lepas tu nak pungpang pungpang update pasal ramadan dan raya.
I kan tetiap tahun bersemangat πŸ˜…


Sila pilih HD dan subscribe ke chanel youtube saya.




Terima kasih.

Azzwaa Lipkiss Matte Cream Tutorial Dan 12 Colour swatches

Assalamualaikum.


Kembali bersiaran dengan tutorial cara pakai dan colour swatches untuk produk keluaran Azzwaa Beauty line,
Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set C (Metallic)
dan Set D (Normal).
12 colour swatches ya rakan-rakan, 12!
punya la banyak warna lawa sampai takleh nak pilih yang mana paling favourite.


Bag comel yang kita akan dapat.
Di dalamnya terdapat Azzwaa Lipkiss matte cream bersaiz kecil molek untuk travel.
Senang nak letak dalam tas tangan dan
lebih menguntungkan sebab harga moooraaahh-mooraahhh
tapi dapat 6 warna berlainan, sekaligus untuk setiap satu set.
Wah wah... berbaloi sungguh nih.



6 warna di atas dari Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set C (Metallic) dan 6 warna di bawah pula untuk Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set D (Normal).
Kan dah cakap warna semua cantik-cantik? nak tengok camna warnanya bila dah pakai boleh tonton video saya kat bawah ni.


Anyway, dua set kali ini adalah kesinambungan
dari dua set terdahulu iaitu
 Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set A dan Set B.
Saya pernah review set A dan set B di blog,
boleh scroll post yang lepas-lepas.

Produk dari:
Azzwaa Beauty Line.


Jenis produk:
Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set C (Metallic)
Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set D (Normal)
*Travel size.

Harga:
RM39.90/Set

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian:
012-4940362

Maklumat lanjut:-
Fb: Azzwaa beauty line
Ig: azzwaa.beauty


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke channel saya.
Selamat menonton.



Disclaimer:
1. Warna produk yang asal/di luar mungkin berbeza berbanding di dalam
video dan gambar disebabkan lighting, kamera, skrin, dll.

2. Review adalah dari pengalaman diri sendiri menggunakan produk
dan maklumat dari packaging/pengeluar.Hasil dan kesannya mungkin berbeza
bagi setiap orang.

3. Setiap gambaran warna berdasarkan pemerhatian saya sahaja
untuk memberi gambaran warna yang hampir dekat dengan
warna asal dan memudahkan penonton.
Warna asal mungkin berbeza sedikit mengikut pandangan orang lain.
Contoh: kod metallic adwa saya gambarkan ianya berwarna metallic peach
dengan tone pink sebab ia paling hampir dengan warna tersebut
(dari pandangan mata saya).

4. Setiap penggunaan dan kesan adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
Saya hanya review berdasarkan pengalaman menggunakannya sahaja.


Terima kasih.

Ke klinik gigi dan apa itu tampalan sewarna gigi(composite).

Assalamualaikum.


Tahukah anda disebabkan saya tak jaga gigi molek-molek sewaktu kecil
dan sewaktu besar jadi gigi saya selalu terkopek...?
tak, maksud saya selalu terpatah sedikit demi sedikit.
dah la gigi berlapis ada siung gigi kuning blablablabla okay cukup-cukup😭


Dan tahukah juga pada 7,8 tahun yang lepas sewaktu masih muda remaja
 dan bergetah(hihi) gigi depan saya dah rongak buruk rupa?
demi untuk menyelamatkan rupa eh gigi saya, saya mula pergi ke klinik gigi.
Niat asal nak cabut gigi tapi doctor cakap nanti habis lah kena pakai gigi pelesu.
Mesti dia kesian kan muda-muda dah rongak pastuh kena pakai gigi palsu.
Tak elegant betul pompuan nih isk!


Jadi doctor yang baik hati tetapi serius mencadangkan
rawatan yang dipanggil tampalan sewarna gigi(composite).
Eleh cam terer ja sebut padahal baru-baru ni je dapat tau rawatan tu dipanggil composite,
 selama ni panggil tampal je kahkah.


Okay takyah emo.Composite ni takde lah tahan mana,
kalau gigit benda keras atau selepas beberapa tahun dia akan patah dan kena buat semula.
Kali terakhir buat pada hujung tahun lepas.
Tapi kasihan, tak sampai dua bulan pun budak ni asyik hirup vitagen srrooottttt
 sambil menggigit straw yang keras lalu praapppp!
nah tak pasal-pasal tampalan tu dah longgar tapi saya biarkan je sampai 4 bulan
(sebab tak sihat nak ke klinik).
Mengenangkan ramadan dan raya tak lama lagi, kena lah gagahkan diri untuk pi buat semula
 sebab tak selesa dia longgar dok gerak-gerak(walhal susah nak melantak juadah haha).


Minggu lepas pada suatu pagi.....
Jam bernyanyi eh berbunyi, terjun katil dan makan roti pastuh gosok gigi
dan bersiap dengan memakai tudung makciks-makciks serta sweater hitam.
Sembur pewangi separuh balang sebab nak coverline tak sempat mandi
(pecah balang eh pecah tembelang) dah lewat ni,
nanti ramai orang takleh daftar dah macam kemarin
(sehari sebelum dah pergi tapi full pagi dan petang).
Dah siap semua paksa suami bangun dengan menjirus air
 EH TAK EEHHH! i tak buat camtu(tau takot).I gerak suami bangun dengan lemah lembut
tapi memula ja i lembut pastuh i hangin bila dia bersiap pun lemah gemalai
macam menari makyong haha sabar ja lah laki i.


Akhirnya berjaya mendaftar di klinik pergigian kamal.
Sejak bayi hingga dah tua biasa datang sini je(part bayi tu temberang sangat).
Doctor pun dari muda sekarang dah tua makin segak.
Doctor ini lah yang memula cadangkan composite tuh.
Kalau tidak, pasti sampai ke sudah saya tak tahu ada rawatan yang hebat macam ini
(selalu lebih-lebih).


Suami tanya apesal selalu datang sini dah la ramai pesakit kena tunggu lama pulak tu?
jawab saya sebab kat sini tak sakit, cabut gigi pun tak sakit (atau sakit yang kita boleh tolerate lah)
dan paling penting doctor nih dah tau saya tak sihat dan ada ubat/antibiotik
 dia kena bagi sebelum sesuatu rawatan(tapi buat composite ni takyah).


Hari tu saya terbaca kat kaunter orang yang berkerusi roda akan diberi keutamaan,
gigih saya  berkerusi roda dengan harapan dapat masuk cepat sebab saya tengah tak sihat
 takleh duduk lama-lama tapi harapannnnn...
.
.

Laaaaa....untuk OKU rupanya, ko ni selalu jek tersalah paham 😭
Tapi serius woh kenapa pesakit kronik yang bawa surat doctor dan berkerusi roda
tak diberi keutamaan atau paling kurang belas kasihan?
selalu alami di mana-mana termasuk bank(urusan yang tidak available secara online)
jawapan yang selalu diterima "kena tunggu macam orang lain"
dan akhirnya pulang begitu saja bila takleh duduk lama dah rasa sesak nafas
 atau pening atau nak pitam.tapi i tak kondem sesapa tau,
i tertanya-tanya je kenapa kita tidak mesra/memudahkan orang sakit selain di hospital?



Mari tunggu sambil berdoa supaya diri kuat sampai ke giliran sendiri.
Serius kat sini ramai pesakit.Menunggu selama sejam dua atau lebih itu perkara biasa.
Kali ni saya perlu menunggu selama hampir 2 jam dan dalam tempoh tu
pelbagai posisi berjaya dibuat.Maksud saya posisi duduk ya duduk πŸ˜…



Siapa pesakit sekarang? πŸ˜‚
Sewaktu daftar cuma ada seorang abang, seorang pakcik dan
dua pesakit di dalam bilik rawatan(hafal woh),
makin lama makin ramai pesakit yang datang dan waktu tu saya dah pindah
ke tempat duduk biasa sebab nak sandar ke dinding,
suami duduk atas kerusi roda saya.
Pastilah semua ingat dia yang tak sihat berkerusi roda,
bila nama dipanggil kami bertukar tempat dan suami tolak saya
pastu semua kat situ macam terpinga-pinga siapa sebenarnya yang sakit? bhahaha.



Muka seperti mahu menangis tetapi jangan risau,
belum pernah terkencing di dalam seluar sepanjang mendapatkan rawatan di sini.
Sebelum rawatan doctor minta tanggalkan cermin mata saya bimbang kotor
dan digantikan dengan cermin mata ajaib berwarna kuning tapi takde power la.
Saya dah cuak memikirkan diri akan pening kalau tak pakai cermin mata/contact lens
sampaikan suami kat sebelah pun risau "habis lah, bini aku yang manis ini baring
kat rumah pun pakai speck, ini kena buka pula bagaimana jika beliau pening?"
okay-okay, terang lagi bersuluh part "bini aku yang manis" tu saja ja i tambah-tambah LOL.


Alhamdulilah mampu bertahan cuma hujung-hujung ja cam pening berpinar
(sebab baring rendah dan tak pakai speck).
Boleh bagitau doctor kalau kita rasa pening atau apa-apa
 tapi i cuba bertahan okeh.


Telah mencuri dengar perbualan doctor dengan pembantu(gila kepochi),
 berkat mencuri dengar baru saya tahu rawatan ini dipanggil composite,
kalau tak, tah camne nak berlagak kat sini kahkah.



Picture courtesy http://www.drplitt.com/
Ini bukan gigi saya, gigi saya lebih rongak dan mengerikan😭,
ini cuma contoh sebelum dan selepas rawatan composite
iaitu rawatan sama yang saya buat.


Ya saya tahu apa pertanyaan anda
(hebat boleh baca hati fikiran anda).


Sakit tak?
Tak, cuma ngilu waktu doctor gerudi.
Entah apa nama proses yang memula ni, tapi dia macam gerudi lah,
selalu tak terasa sangat tapi kali ni rasa lebih sikit,
macam bergegar kepala hotak(perasaan kot weh)
dan terkeluar suara kecilku ini, ihik malu kiteeww..
pastuh ngilu pun cam lebih sikit.Boleh tahan ja takde la sampai nangis meraung.
Dah banyak kali ulang buat kot itu pasal gerudi lebih.
Ni teori sendiri lah, i kan suka pandai-pandai.
Owh dan lagi kurang selesa part doctor letakkan benda yang rasa masam-masam tu.
Pembantu dia akan tolong sedut guna alat macam straw tu(tak tahu nak panggil apa haha)
tapi yang terlepas kena mulut memang masam la,
dan satu lagi part last sekali saya bernafas sambil terhidu habuk halus
yang keluar dari proses membentuk/melicinkan composite.


Lama tak?
Tak sampai sejam pun ikut pada tahap kerosakan atau
tampalan yang perlu dibuat mungkin?


Tahan lama tak?
Saya pernah baca composite ni tahan dalam 5 tahun
tapi bergantung pada keadaan.Saya ganas entah apa-apa yang saya gigit,
 jadi setiap beberapa tahun dia akan patah dan perlu ulang buat semula.
Pantangnya jangan gigit benda keras.
Doctor cadangkan rawatan crown supaya lebih kuat dan tahan lama
tapi kenapa saya masih tak buat sampai sekarang?
cey cey buat-buat tanya pula.


Warna sama tak?
Warna dia seakan-akan sama dengan gigi
tapi lama-lama dia akan berubah.


Mahal tak?
Saya buat kali ni kena RM60 saja.
Harga mungkin berbeza mengikut tahap kerosakan,
tampalan yang dibuat dan klinik yang anda kunjungi.


Selepas rawatan dibuat?
Rasa seronok(kaaahhh).
Memula rasa tak selesa sikit, tapi esoknya dah ok
cuma tekak kurang selesa macam nak batuk/selsema
sebab terhidu serbuk gigi/composite waktu doctor dok polish
(alaa part terakhir yang dia bentuk dan licinkan composite tu).


Untuk gambaran yang lebih jelas, boleh tonton video ini
dia tunjuk step by step rawatan composite.



Atau jika ngeri nak tengok part gerudi kat video tadi
boleh tonton yang ini saja.


Raikan gigi baru dengan cendol dan mee goreng mamak.
Lain kali jangan gigit straw vitagen lagi 😭



Kalau ada masalah gigi sila berjumpa dengan doctor gigi terus ya?
Diaorang je yang layak cadangkan rawatan apa yang sesuai dengan masalah anda.
Jangan berani guna produk atau alat dari online.
Jangan berani minta orang yang tak bertauliah untuk buat rawatan kat anda,
BAHAYA! Kesihatan tak dapat dijual beli,
jangan menyesal di kemudian hari.



Terima kasih.


Azam baru, update blog selalu.

Assalamualaikum.


Kecintaan kepada blog tak pernah pudar walaupun para blogger sekelian dah beralih arah ke instagram, tapi saya tetap gigih dengan dunia blog cuma dah tak gila kuasa macam dulu, setiap hari update entry.

Kecintaan pada blog tuh sampai ke tahap melihat rakan sebaya dan bukan sebaya(instafamous muda remaja lawa-lawa woh! eh lari topik) meletak captions panjang di ig pun haku sibuk mendengus kat dalam hati "eh panjang-panjang ni buat la, update la kat blog, syok sikit baca".Sibuk je hati haku ni kan 😭 tapi sungguh la beza bila baca di ig dan blog.Blog lebih seronok weh.


Maka terimalah kepulangan saya di arena blog sebab saya rindu woohh nak bebel kat sini berbanding kat vlog saya hanya mampu bercakap sepatah dua kata sebab in reality saya memang jarang bercakap dan kurang peluang untuk merepek merapu.Don't worry bebeh, insyaallah blog saya update, vlog pun saya buat.


Patut usaha tingkatkan ibadat, tapi dia? 😭


Seperti gambar rajah di atas, saya akan cuba memenuhi masa senggang dan bosan para pemuasa(tak penah ku tahu wujudnya ayat ini) dengan kerap lagi gigih mengupdate blog ini.sementara memasing menunggu waktu berbuka atau stress melihat jarum jam ketika bekerja, nanti boleh la jenguk-jenguk blog saya sambil bertanya "masak ape tuuu?"(macam ahli mesyuarat tingkap).Eh tak patut betul saya menggalakkan anda menghabiskan masa membaca blog.Patutnya saya mendorong anda cari pahala banyak-banyak macam membaca Al-Quran ke, bersedekah banyak-banyak ke, bertambah jugak saham akhirat kita(mode setazah).Sedekah kat sini maksudnya sedekah pada yang sepatutnya bukan pada online shop.. Eleehhh ingat kitew tak tawuuu?(nada annoying) kahkah.


Doakan saya sentiasa sihat, baru la ada bahan dan aktiviti untuk saya update macam dulu-dulu walaupun dulu saya macam buruk perangai asyik up pasal boiprend(sekarang i dah ade laki) LOL.



Berjumpa lagi di lain entry, Bye.

Ulang tahun perkahwinan

Assalamualaikum.


Seminggu yang lepas sepasang suami isteri telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka, cey cey.Terlalu banyak tarikh perkahwinan dek kerana jarak majlis yang jaaauuhhhh antara satu sama lain, jadi terpaksa pilih(dalam rela) satu tarikh untuk disambut, iaitu tarikh nikah.Nasib perlu pilih satu tarikh saja, kalau semua tarikh nak kena pilih kopak ar weh..! baiklah, tak perlu menyesal mengadakan lebih dari satu majlis, nasi sudah menjadi bubur ko pehal? πŸ˜‚


Maaf lah kain lapik tak sempat seterika, teruja benar nak sambut eniberseri.


Isteri teruja bermekap dan berbaju cantik dengan plan asal nak potong kek dan bergambar di luar tapi hampa selepas hujan turun tanpa henti.Mari gelakkan dia kawan-kawan πŸ˜’


Plan ditukar, mari sambut di dalam rumah sahaja tapi sempat pasang lighting macam kat dalam studio.Gelap-gelap tak nampak mekap i nanti.Ini sesi meniup lilin pada kek yang takde separuh.Dah potong baru teringat tak sempat tangkap gambar tadi.Sekali lagi, tiup lah lilin, tangkap lah gambar, jangan sia-siakan usaha (dan mekap) i okeh 😭


Potong kek.Ya lelaki misteri ini suami saya, ceeyyy takyah pun bagitau yang tu semua orang pun tahu.Kalau anda masih tertanya-tanya, suami saya tak suka letak gambar kat media sosial, jadi mari letak gambar hati saja.


Rupa kek sama yang anda dapat lihat di mana-mana majlis saya sebab ianya murah dan menjimatkan kocek, hihihihihihi.Ok, berhenti gelak sekarang.Setelah melalui ombak badai ribut taufan hutan belantara cakaran naga, tibalah kita di tahap ini.Padahal baru 2 tahun πŸ˜’, diam ahhhh😭


Bunga tangan fresh flowers pemberian suami.Anniversary jatuh pada hari cuti, awal beberapa hari suami dah tempah bunga ini.6 kuntum roses pink(sebab isteri suka pink) sebagai tanda dah berapa tahun kami kenal.Penat i cakap kami dah kenal selama 7 tahun, tapi suami tetap dengan pendirian kami kenal 6 tahun saja.Mungkin dia pikir isteri sengaja mereka cerita sebab nak bunga lebih-lebih, eh lantak ko lah.


Hadiah saya untuk suami tercintah(bodek laki).Hadiah dompet buat ganti dompet beliau yang dah rosak.I guna duit sendiri bukan nafkah yang laki bagi(bangga) kahkah.Semua beli secara online termasuk kad ucapan.Bila dia yang ambil dari posmen cepat-cepat kena coverline.Behind the scenes saya rakam dalam vlog, nanti dah publish boleh la tengok.


Bunga dah masuk kat dalam pasu.Kebiasaannya saya akan simpan bunga sampai layu kering.Bunga yang suami bagi 4,5 tahun lepas pun masih ada lagi walau hanya dah tinggal tulang, eh dah kering kontang.


Ucapan untuk laki i takyah la tulis kat sini, i ucap ja kat dia sendiri.Entry ni pun dah cukup nak buat orang pikir haku bajet sweet menayang ka hapa nih? Biasa lah baru lagi, masih gedik wey bhahaha! Dah la baru 2-tahun-je-tapi-over-macam-dah-patlimapuluhtahun-pekup-muka-lari-k-bye.


P/S: Ramai ternanti-nanti entry nikah kahwin saya.Tengah pilih gambar ni.Insyaallah coming soooonnnnn... Sila doakan kerajinan eh kesihatan saya, dapatlah pilih gambar dan update laju-laju, seeeee youuuu(pantun).







zoeyzauyah vlog EP 20 | Room Makeover & Fresh Flowers.

Assalamualaikum.


Kebiasaannya saya akan online kat atas katil.Yang bestnya online atas katil bila letih boleh terbongkang tanpa rasa bersalah, tapi lelama bukan saja rasa bersalah, malah stress kau tahu melihat katil ku itu semak dek meja, laptop dan segala mak nenek harta benda isk.. isk.Sebelum bertambah semak ada baiknya saya cepat-cepat lakukan perubahan(ewahh ayat nak skema je kan?).Bagus lah jugak, kasihan laki sendiri sebab terpaksa letak komputer kat atas kotak vacuum je, jadi apa kata beli lah meja baru dan letak laptop dengan komputer di hujung katil.Takde lagi masalah katil semak.Selain ni, ada lagi benda-benda kecil yang saya ubah termasuk cara saya simpan stock makanan dan ubatan kat bilik, tilam baru gantikan tilam lama yang tenggelam di tengah.nasib baik ada warranty, kedai kasi free lah yang baru,lepas tu sekarang ni saya obses letak fresh flowers kat atas meja.kengkonon nak bagi segar dan hilangkan stress asik terperap kat dalam bilik ni ha.
Tengok lah kat dalam vlog ni ok? Saya tunjuk proses simple makeover yang kitaorang buat itu hari.


Pilih kualiti HD dan jangan lupa subscribe channel saya untuk latest video.




Terima kasih.

Product review: Mediheal mask dress code red.

Assalamualaikum.


Pung pang pung pang saya jaga kecantikan(kononnya), tengok kat luar tak flawless jugak.Tapi itu bukanlah alasan untuk saya berputus asa dari mengamalkan mask muka seminggu sekali dengan harapan bila dah tua takdelah nampak kertu sangat miahaha.


Kali ni saya cuba Mediheal dress code red.Satu paket ni ada satu keping mask saja ya.


Produk:
Mediheal dress code red.

Harga:
Tak ingat, RM16.00 rasanya.

Tempat beli:
Website yang menjual produk kecantikan korea.
hangpa cuba la tengok kat mana-mana website yang jual produk kecantikan korea, ada ja rasanya.


Saya syak mask ini bertopengkan manusia EH! bukan.Saya syak mask ini bertemakan masquerade mask kalau tengok dari corak beliau yang agak fancy itu.Mengerikan pun ada gak sikit πŸ˜’


Cara pakainya senang, keluarkan dari pek terus tepek kat muka memasing.Pepandai lah adjust bagi muat keseluruhan muka.Biarkan selama 10 ke 20 minit.Tapi sebelum tu cuci muka dan pakai dulu toner pilihan.Saya jenis yang tak pakai toner, maka lepas cuci terus paappp tepek mask dekat muka.


Dah cukup masa, tanggalkan dan pedap-pedap supaya lebihan essence menyerap masuk ke dalam kulit.Tapi saya tak selesa, saya bilas jugak dengan airπŸ˜….Ini la rupa saya selepas tanggalkan mask.Tidakkah saya kelihatan berseri-seri? LOL..


Fungsi Mediheal mask dress code red:
πŸ’ Bahan semulajadi.
πŸ’ Mengembalikan kulit yang bercahaya(glowing).
πŸ’ Anti penuaan.
πŸ’ Mengembalikan keanjalan kulit.
πŸ’ Menjadikan kulit kelihatan berseri.
πŸ’Mengandungi hyaluronic acid, trehalose, 
oriental beauty fruits newplex(pomegranate, fig, mulberry and gingko).
πŸ’ Mendapat patent untuk kepingan mask.Mask berwarna yang tidak meninggalkan kesan dakwat di kulit.Kepingan cellulose meminimakan iritasi dan membolehkan kulit menyerap lebih banyak essence.
πŸ’ Gunakan dua atau tiga kali sebulan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


Pengalaman saya guna:
πŸ’– Ianya mempunyai bau yang wangi dan masam-masam seperti berries ya.Actually tak tahu nak described bau dia cemana, pepandai haku ja cakap macam berries hewhew.
πŸ’– Saiz kepingan mask agak besar dan untuk muka kecik besar kecik besar macam saya boleh adjust supaya mask kena dekat seluruh muka.
πŸ’– Mengandungi essence yang melimpah ruah.Sungguh tak kedekut jenama ini.
πŸ’– Selepas dah tanggalkan mask, kulit kasar berubah menjadi lembut, kulit kering berubah menjadi lembab, kulit kusam berubah menjadi berseri dan glowing.Disapu pula dengan pelembab, berganda-ganda terasa kelembutan kulit.ewaahhh kemain kau over kan, hiks.
πŸ’– Sehari selepas memakai mask ini muka saya ditumbuhi seketul ruam macam bengkak/kulit tersumbat.Namun saya kurang pasti adakah ianya disebabkan mask ini atau sememangnya ruam tersebut dah tunggu lama untuk timbul kat muka?  boleh jadi jawapan yang kedua sebab kulit saya sedang mengalami masalah ruam seperti chipsmore.Sekejap ada, sekejap takda, ciss, sungguh tak sangka tetiba ayat bertukar skema lagi serius pabila bercakap soal ruam di muka mulusku ini(PANG! sedas).




disclaimer:
Setiap review berdasarkan maklumat dari pembukusan/pengeluar dan hasil penggunaan diri sendiri.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



Terima kasih.

Zoeyzauyah Vlog EP 19 | Baking With Kakna

Assalamualaikum.


Membaking antara aktiviti yang paling kerap dilakukan kat rumah ni.Tapi tersilap la kalau hangpa ingat saya yang dok baking.Baking mekap haku tau lah kihkihkih(tergelak kecil, bajet lawak).


Kalau bab baking ni semua kakna la yang dok buat sebab dia kan ambil tempahan buat kek dan brownies.Untuk sesiapa kat area kulim boleh la order dan cuba rasa brownies beliau.


Dek kerana balik-balik asyik nampak dia baking ja, so pada suatu hari, saya rasa macam nak menyibuk sikit buat vlog.Maka terhasil lah vlog yang satu ini.



Jangan salah faham, ini bukan vlog resepi, jadi tak ada resepi lengkap dan tak tunjuk step by step yang sebenarnya.Hentam kromo ja weh dah namanya vlog zoeyzauyah kaaannnn ihiks.


Pilih HD dan subscribe channel saya untuk latest video, terima kasih.




Insyaallah jumpa di lain entry dan video.
Terima kasih.

Product Review: Maybelline White Superfresh Liquid Powder

Assalamualaikum.


Hai, sekian lama dah dapat dan guna produk ni, baru kini teringat nak publish review.Ampunkan dahku wahai Maybelline, selepas hampir 2 tahun entry ni terperam kat dalam draft, baru kini dahku teringat entry review yang satu ini dahku tak publish-publish lagik, tsk! Tapi tak apa, kalau anda berminat nak cuba juga, produk ini masih lagi available di pasaran.

Produk:
Maybelline White Superfresh Liquid Powder

Harga:
Tak Pasti Sebab Saya Dapat Free Dari Maybelline.

Saiz:
25ml

Tempat beli:
Watsons, Guardian atau di mana-mana tempat yang menjual produk Maybelline.

Kod:
Kalau  tak salah ada 4 kod warna, saya guna kod B4 SAND BEIGE.



Botol yang nipis dan ringan, senang dibawa ke mana-mana.
Bawak lah kat dalam handbag, boleh touch-up bila-bila masa.



Buka penutup dengan memusingkan penutup dari kiri ke kanan.



Tekstur produk sangat cair, jadi tak perlu picit.hanya tuangkan saja dan produk akan keluar sendiri.



Tekstur lebih cair berbanding liquid foundation biasa tapi hey! jangan pandang sebelah mata ya.
Produk ini special dan unik.



Di bahagian kiri tanpa sapuan produk, di sebelah kanan selepas sapuan maybelline white superfresh liquid powder.nampak perubahannya kan? warna kulit sekata, cerah, urat hijau dan pori kulit disamarkan.



Saya cuba apply produk dengan beberapa cara termasuk span dan berus, tapi saya rasa cara yang terbaik sekali ialah dengan menggunakan jari.Tuang produk di atas tapak tangan, calitkan ke muka dan ratakan sapuan menggunakan jari.Pastikan sapuan sama rata dan tak bercapuk.


Gambar kiri sebelum sapuan produk, gambar kanan selepas sapuan Maybelline White Suprefresh Liquid Powder.Kesan natural tapi nampak perubahan sebelum dan selepas.Takyah pakai bedak segala pun.Dekat bawah mata atau di kawasan yang ada parut saya akan letak lebih sikit dan pedap guna jari.



Rupa saya hanya dengan sapuan Maybelline Superfresh White Liquid Powder.
Tanpa bedak, concealer atau produk mekap yang lain.


MAYBELLINE WHITE SUPERFRESH LIQUID POWDER:-


FUNGSI MENURUT PENGELUAR:
✨Bedak unik di dalam formula cair/air.
✨Memberikan kesan cerah, segar, matte(pusam) dan rasa ringan sepanjang hari.
✨Nampak semulajadi dan kulit sekata tanpa kesan 'kaku' dan lekit.
✨Menyamarkan pori, garis-garis halus, dan ketidaksempurnaan.
✨Kulit akan berasa lembut, licin dan lembab.
✨Mencerahkan, melindungi dari UV dan kekal segar.
✨Diuji secara dermatologi.
✨Non-comedogenic(tidak mengandungi bahan yang menyumbat pori-pori)
✨Bebas minyak.
✨Lembut di kulit.
✨SPF 50 PA+++


HASIL PENGGUNAAN SAYA:
🌟Tekstur awal seperti liquid foundation, selepas diratakan ke kulit sebenarnya produk ini adalah bedak! memang unik.
🌟Tekstur sangat cair tapi mudah diratakan, mudah meresap ke kulit dan terasa seperti memakai bedak dan bukannya foundation.
🌟Nampak natural di kulit dan tak tebal.
🌟Takyah pakai bedak, cukup hanya guna Maybelline White Superfresh Liquid Powder dan biarkan saja atau boleh terus apply mekap yang lain seperti eyeliner dll.
🌟 Cepat dan menjimatkan masa.hanya sapu guna  jari.Produk juga mudah diratakan, tak perlu blend lama-lama dan tak perlu menggunakan bedak.
🌟Tak berminyak atau melekit.Rasa selesa  dan sesuai untuk kulit jenis berminyak.
🌟Kulit terasa lembab dan lembut.
🌟 Dapat menyamarkan bintik, kemerahan, dark circle yang tidak terlalu teruk serta parut nipis di muka.
🌟 Sesuai untuk cuaca panas di negara kita kerana produk ini mengandungi perlindungan UV yang sangat tinggi dan tekstur juga tak berminyak.
🌟 Kulit kelihatan cerah sedikit selepas setiap kali sapuan dan salah satu fungsinya juga dapat mencerahkan kulit.
🌟 Setiap produk pasti lah ada pro and cons, termasuklah produk yang ini.Hasilnya agak nipis dan kurang berkesan menutup cela atau masalah kulit tapi itu perkara biasa untuk produk dari jenis light coverage dan bukannya full coverage.


Discaimer:
Setiap review berdasarkan pengalaman diri sendiri guna dan maklumat dari produk/pengeluar.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.


terima kasih.

Tutorial Mekap Soft Untuk Kulit Hitam Manis

Assalamualaikum.


Ya ini bukan saya, PANNNGG! baiklah.ini bukan saya, gadis cantik ini ialah model tuto kali ni merangkap anak menakan saya(kroni-kroni ja kita rembat).punya lah lama saya berangan nak buat tuto mekap untuk kulit hitam manis, akhirnya terhasil jugak video yang sangat terharu ini.terima kasih nurul sebab balik kampung lepas tu tetiba kena jadi model tak berbayar auntie hewhew(thanks kak lon).


ini kali pertama saya buat tuto mekap tak guna muka sendiri.jangankan guna, tunjuk muka pun tidak! bhahaha.tak apa lah nampak tangan pun jadi lah buat lepas rindu hangpa semua kahkah.


saya teringin benar nak tunjuk mekap soft untuk kulit hitam manis disebabkan ramai yang keliru atau was-was nak mekap guna warna soft.kulit hitam manis paling sesuai menggunakan warna-warna tanah seperti coklat, gold, gangsa dan lain-lain dari tone yang sama.tapi tak bermakna anda tak boleh guna warna soft.boleh ja asalkan tak over.takpa, tengok ja tuto ni dan cuba sendiri ok?


satu lagi, orang selalu requested saya buat tuto mekap untuk orang tak pakai contact lens.sebenarnya semua mekap boleh buat tak kira samada anda pakai lens atau tak, cuma efeknya mungkin berlainan sikit.naahhhh.... kali ni saya tunjuk mekap yang tak cukur kening, tak letak bulu mata palsu dan model tak pakai contact lens.selamat menonton.



pilih kualiti HD tau lepas tu subscribe la channel saya untuk latest video.


kat bawah ni gambar guna studio lighting.
.
.






kat bawah ni gambar guna cahaya semulajadi.
.
.




gambar kat bawah ni betul-betul di bawah cahaya semulajadi.
.
.


kat bawah ni gambar close-up
.
.
guna studio lighting.



guna cahaya semulajadi.



selamat mencuba dan terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 18 | Facial, Birthday, Lip Color, Spicy Korean Ramen.

Assalamualaikum.



dua orang budak tengah buat facial.auntie pun nak gelar budak jugeekkkk kahkah.sebelah saya ni anak saudara saya, nurul dari perlis.tengah tunggu result spm, so dia balik bercuti kat kampung dan buat special appearance kat vlog auntie haha.dalam vlog kali ni ada aktiviti saya buat simple facial dengan nurul, sambut birthday(thanks kepada anda yang wish dan doakan perkara baik-baik untuk saya hari tu), dapat lip color untuk review dan cuba spicy korean ramen dengan nurul.


pilih HD dan jangan lupa subscribe channel youtube saya, zoeyzauyah.

hangpa doakan saya ada rezeki beli kamera yang sesuai untuk vlogging tau.kalau perasan kualiti vlog saya berbeza.sat ok, sat tak, sebab saya tukar-tukar kamera.yang ada ni  tak sesuai untuk buat vlog.. sobsss... T________T



terima kasih.



Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Review & 12 Color Swatches

Assalamualaikum.


Sejak review produk Palladio itu hari, saya dah mula kumpul produk dari jenama ni.produk yang paling membuka mata saya yang jenama ni bagus ialah Velvet Matte Cream Lip Color.lepas dah cuba beberapa produk dari jenama Palladio, serius memang tak rasa rugi.dah la harga murah, senang nak beli sebab boleh cari kat Guardian je(atau Guardian online), bahan-bahan pula dari bahan botanikal herba dan vitamins, lepas tu warnanya pula terang dan tahan lama.Untuk sesiapa yang belum cuba atau ingat saya sengaja review positif tu anda kena cuba sendiri ok? baru tau hasilnya macam mana tapi untuk saya, memang saya suka dan dah banyak mekap saya dari jenama ni.


Kali ni saya buat video review dan 12 color swatches.boleh tengok saya tukar-tukar pakai 12 warna pilihan dan boleh nampak sendiri betapa pekat dan terangnya warna-warna lip color ni.



Selamat menonton.jangan lupa pilih HD dan subscribe channel youtube saya.


P/S: dalam video ni muka over putih la pulak! bukan sebab kulit memang putih atau letak bedak over cerah, tapi sebab outo cahaya kot dek kerana tudung dan lip color warna terang.nampak tak betapa warna yang kita pakai mempengaruhi tone kulit kita?.jangan lupa dapatkan produk Palladio ok.


Disclaimer: review berdasarkan pengalaman saya sendiri guna dan description dari pengeluar.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



Terima kasih.




zoeyzauyah vlog EP 17 | Birthday, Ketupat, Review.

Assalamualaikum.


cik puan kembali dengan vlog terbaru (macam lah hangpa ternanti-nanti haha).
ada banyak vlog dan satu tuto mekap menanti untuk dipublish, nanti saya upload nooh?


pilih la kualiti HD dan jangan lupa subscribe youtube channel saya, zoeyzauyah untuk video2 terbaru.




jumpa lagi di lain entry, insyaallah.



terima kasih.



Product Review: Azzwaa Lip Matte Kiss Cream

Assalamualaikum.


Sekarang trend terkini lagi disukai ramai ialah matte lip cream yang memberi kesan pusam(matte) dan tahan lama.sebagai jurusolek, adalah mustahil kalau saya tak terpengaruh dengan trend mekap matte ini.mesti kena cuba ni!(bersemangat).jadi saya telah mencuba(skema) Azzwaa Lip Matte Kiss Cream.mari baca review(lepas tu beli) hewhew.


Produk:
Azzwaa Lip Matte Kiss Cream(Set A, Mini 6 Pcs)

Harga:
RM39.90

Untuk order secara online sila contact:
017-5672165
012-4940362

Maklumat lanjut:-
Fb page: azzwaa dan azzwaa beauty line
ig: azzwaa.butik

Saya cuba Azzwaa Lip Matte Kiss Cream saiz mini dari set A.ada dua set sebenarnya, Set A dan Set B.setiap set terdapat dalam 6 warna berlainan, bersaiz mini dan diletakkan di dalam pouch bag yang kecil molek dan mudah dibawa kemana-mana.Azzwaa Lip Matte Kiss Cream juga ada dalam standard size dan special edition, tapi dijual secara individu dan bukan set seperti mini.


6 warna Azzwaa Lip Matte Kiss Cream dari Set A.bentuk botol ni untuk mini size.untuk standard size dan special edition bentuk botol macam lain .


Colour swatches.walaupun warna-warna yang terang tu nampak sama merah, tapi bila pakai sebenarnya ada sedikit perbezaan antara satu sama lain.


tekstur jenis cream.pekat, terang dan mudah disapu ke bibir.


kat bawah ni gambar saya pakai warna-warna Azzwaa Lip Matte Kiss Cream dari Set A(Mini 6 Pcs).
.
.

Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Sweet Orange.
warnanya oren dan ada tone coklat/perang lembut.


Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Sweet Peach.
warna peach dengan tone pink.sekali tengok nampak macam warna pink.


Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Hot Chilli.
warna merah terang dengan tone oren.


Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Sweet Red.
warna merah terang.


Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Burgundy.
warna merah dengan tone pink gelap.yang ni gelap sikit berbanding warna-warna yang lain.


Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Sweet Pink.
warna merah terang dengan sedikit tone pink gelap.kalau tengok di luar akan nampak lebih kurang warna Burgundy, tapi lebih cerah.


Fungsi menurut pengeluar:
πŸ’— dihasilkan di kilang bertaraf GMP dan milik muslim bumiputera.
πŸ’— berkualiti tinggi.
πŸ’— mudah disapukan di bibir.
πŸ’— warna tidak melekat pada cawan(selepas minum).
πŸ’— memperbaiki tekstur bibir.
πŸ’— selamat dan tidak merosakkan bibir.
πŸ’— mencerahkan bibir.
πŸ’— mengandungi antioksidan.
πŸ’— anti rekahan.
πŸ’— mudah dicuci dan memudahkan proses untuk berwudhu.
πŸ’— dijamin suci dan halal.
πŸ’— sejuk dan berangin selepas disapu.
πŸ’— bibir sihat dan menawan.
πŸ’— mengandungi mini HA, Argan Oil, Vitamin E Tocopherol.
πŸ’— terdapat di dalam 3 saiz. mini, standard dan special edition.


Pengalaman saya guna:
πŸ’– tekstur jenis krim dan mudah disapu ke bibir.sekali sapu ja dah melekat.
πŸ’– warna pekat dan terang.sapu sikit ja dah terang tapi saya suka sapu 2,3 layer untuk pekatkan lagi warna dan tahan lama.
πŸ’– dapat cover bibir saya yang gelap.
πŸ’– tak perlu lukis bibir guna lip liner.sapu ja  Azzwaa Lip Matte Kiss Cream kemas-kemas, bentuk bibir akan nampak 'sharp' dan terbentuk cantik.
πŸ’– warna tahan lama.
πŸ’– lepas sapu dia akan jadi satu lapisan warna pekat yang rata dan tak bercapuk.
πŸ’– jenis matte.tak berminyak dan tak berkilat.tapi kena faham, jenis matte memang kering sikit di bibir.boleh pakai lip balm dulu kalau mahu.
πŸ’– bau wangi dan rasa selesa.tak busuk dan tak rasa loya hehe.
πŸ’– rasa sejuk dan berangin selepas disapu ke bibir.
πŸ’– saya guna saiz mini.walaupun kecil tapi untung jugak sebab dapat 6 warna sekaligus.mudah nak bawa kemana-mana dan dapat dalam pouch bag kecil, lagi mudah dan tak comotkan bag saya.saiz mini sesuai la kalau baru nak cuba sebelum beli yang saiz besar atau nak bawa travel.
πŸ’– berbaloi sebab harga murah, produk bagus.
πŸ’– keseluruhannya saya suka lah Azzwaa Lip Matte Kiss Cream.jangan memain uollss, satu family saya pun suka tau.lagi-lagi warna yang terang macam merah mak ngah tu.pakai ja pakat dok tanya saya pakai lipstick brand apa.saya suka yang Burgundy, lepas pakai amboiiiiii terasa segaknya sebab warna tu membantu muka saya nampak berseri macam pengantin baru.


Kalau berminat nak beli, boleh contact nombor kat atas tu.


Disclaimer: review berdasarkan pengalaman saya sendiri guna dan description dari pengeluar.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



terima kasih.