zoeyzauyah vlog EP 14 | Product & Dinner

Assalamualaikum.


Kalau hangpa perasan sekarang saya hanya updated vlog lalu blog dibiarkan kesepian tanpa entry gosip yang menarik dan disukai ramai..kriiikkkkkk sangat blog haku ni tau.tapi takpa lah, ni semua sebab nak perabih vlog yang saya record tahun lepas walaupun vlog pun sama naik sesendu alam😏


Tapi geram ja tengok vlog sendiri sebab tak cun lepas tu tak dak benda menarik yang saya buat untuk tayang kat hangpa.. eh updated kat hangpa miahaha.takpa hangpa tunggu sat tahun ni cik puan lawa nak himpun duit banyak-banyak beli kamera baru lepas tu nak upkan kualiti vlog kasi clear sikit, lawa sikit, tersusun sikit pastu boleh la cuba cari bahan hat menarik nak record bagi hangpa tengok😂


Tolong doakan tau.selama ni dok record guna hp ja, itu pasal kualiti kelaut yang paling dalam.nak guna dslr saya tu susah sikit.berat macam nak tersembul urat tangan cik puan tiaaauuu... lepas tu sound banyak noise (sebab tak ada alat yang superb macam videographer), tak sesuai nak record vlog.kot-kot berkat hangpa tolong doakan berdesup kamera impian jatuh dari langit kaann? eheh.doakan saya sihat sekali noh, boleh kerap buat video dan share benda menarik dengan hangpa.terima kasih sebab menyokong saya(tetiba).



nah vlog baru buat tontonan di monday yang blues.jangan tengok cita blue, berdosa..EH?!
tapi vlog ni pendek dan simple ja nah.


pilih kualiti HD.kalau HD pun tak menjadi, jangan bergaduh dengan laptop anda.cik puan record guna hp je, bergaduh la dengan hp cik puan.. PANG!



baiklah, saya merepek sebab saya belum tidur sejak semalam.gigih mata saya.



jangan lupa follow instagram baru gadis cantik, zoeyzauyahofficial (eh macam kenal?😕)



terima kasih,
babai.