Product Review: Azzwaa Lip Matte Kiss Cream

Assalamualaikum.


Sekarang trend terkini lagi disukai ramai ialah matte lip cream yang memberi kesan pusam(matte) dan tahan lama.sebagai jurusolek, adalah mustahil kalau saya tak terpengaruh dengan trend mekap matte ini.mesti kena cuba ni!(bersemangat).jadi saya telah mencuba(skema) Azzwaa Lip Matte Kiss Cream.mari baca review(lepas tu beli) hewhew.


Produk:
Azzwaa Lip Matte Kiss Cream(Set A, Mini 6 Pcs)

Harga:
RM39.90

Untuk order secara online sila contact:
017-5672165
012-4940362

Maklumat lanjut:-
Fb page: azzwaa dan azzwaa beauty line
ig: azzwaa.butik

Saya cuba Azzwaa Lip Matte Kiss Cream saiz mini dari set A.ada dua set sebenarnya, Set A dan Set B.setiap set terdapat dalam 6 warna berlainan, bersaiz mini dan diletakkan di dalam pouch bag yang kecil molek dan mudah dibawa kemana-mana.Azzwaa Lip Matte Kiss Cream juga ada dalam standard size dan special edition, tapi dijual secara individu dan bukan set seperti mini.


6 warna Azzwaa Lip Matte Kiss Cream dari Set A.bentuk botol ni untuk mini size.untuk standard size dan special edition bentuk botol macam lain .


Colour swatches.walaupun warna-warna yang terang tu nampak sama merah, tapi bila pakai sebenarnya ada sedikit perbezaan antara satu sama lain.


tekstur jenis cream.pekat, terang dan mudah disapu ke bibir.


kat bawah ni gambar saya pakai warna-warna Azzwaa Lip Matte Kiss Cream dari Set A(Mini 6 Pcs).
.
.

Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Sweet Orange.
warnanya oren dan ada tone coklat/perang lembut.


Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Sweet Peach.
warna peach dengan tone pink.sekali tengok nampak macam warna pink.


Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Hot Chilli.
warna merah terang dengan tone oren.


Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Sweet Red.
warna merah terang.


Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Burgundy.
warna merah dengan tone pink gelap.yang ni gelap sikit berbanding warna-warna yang lain.


Azzwaa Lip Matte Kiss Cream warna  Sweet Pink.
warna merah terang dengan sedikit tone pink gelap.kalau tengok di luar akan nampak lebih kurang warna Burgundy, tapi lebih cerah.


Fungsi menurut pengeluar:
💗 dihasilkan di kilang bertaraf GMP dan milik muslim bumiputera.
💗 berkualiti tinggi.
💗 mudah disapukan di bibir.
💗 warna tidak melekat pada cawan(selepas minum).
💗 memperbaiki tekstur bibir.
💗 selamat dan tidak merosakkan bibir.
💗 mencerahkan bibir.
💗 mengandungi antioksidan.
💗 anti rekahan.
💗 mudah dicuci dan memudahkan proses untuk berwudhu.
💗 dijamin suci dan halal.
💗 sejuk dan berangin selepas disapu.
💗 bibir sihat dan menawan.
💗 mengandungi mini HA, Argan Oil, Vitamin E Tocopherol.
💗 terdapat di dalam 3 saiz. mini, standard dan special edition.


Pengalaman saya guna:
💖 tekstur jenis krim dan mudah disapu ke bibir.sekali sapu ja dah melekat.
💖 warna pekat dan terang.sapu sikit ja dah terang tapi saya suka sapu 2,3 layer untuk pekatkan lagi warna dan tahan lama.
💖 dapat cover bibir saya yang gelap.
💖 tak perlu lukis bibir guna lip liner.sapu ja  Azzwaa Lip Matte Kiss Cream kemas-kemas, bentuk bibir akan nampak 'sharp' dan terbentuk cantik.
💖 warna tahan lama.
💖 lepas sapu dia akan jadi satu lapisan warna pekat yang rata dan tak bercapuk.
💖 jenis matte.tak berminyak dan tak berkilat.tapi kena faham, jenis matte memang kering sikit di bibir.boleh pakai lip balm dulu kalau mahu.
💖 bau wangi dan rasa selesa.tak busuk dan tak rasa loya hehe.
💖 rasa sejuk dan berangin selepas disapu ke bibir.
💖 saya guna saiz mini.walaupun kecil tapi untung jugak sebab dapat 6 warna sekaligus.mudah nak bawa kemana-mana dan dapat dalam pouch bag kecil, lagi mudah dan tak comotkan bag saya.saiz mini sesuai la kalau baru nak cuba sebelum beli yang saiz besar atau nak bawa travel.
💖 berbaloi sebab harga murah, produk bagus.
💖 keseluruhannya saya suka lah Azzwaa Lip Matte Kiss Cream.jangan memain uollss, satu family saya pun suka tau.lagi-lagi warna yang terang macam merah mak ngah tu.pakai ja pakat dok tanya saya pakai lipstick brand apa.saya suka yang Burgundy, lepas pakai amboiiiiii terasa segaknya sebab warna tu membantu muka saya nampak berseri macam pengantin baru.


Kalau berminat nak beli, boleh contact nombor kat atas tu.


Disclaimer: review berdasarkan pengalaman saya sendiri guna dan description dari pengeluar.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



terima kasih.