Suprise Birthday Untuk Husband

Assalamualaikum.


Hari tu dah update vlog siap cakap dalam vlog kalau penonton nak tau kisah selanjutnya pasal suprise ni sila la baca blog saya tapi hampeh punya tuan blog, sudah la lambat(update) lembab pulak tuh, kahkah😂


cik puan tak update blog bukan sebab busybody tapi cik puan ada hobi baru, dok ulang tayang anugerah juara lagu yang dolu-dolu kat youtube.laki pi kerja haku siap curik speaker dia pasang kat laptop haku miahahaha.gigih nak feeling cam konsert.


sementara ada masa terluang(eleh, cam busy sangat), cepat-cepat cik puan update suprise birthday untuk husband edisi blog sebelum masuk tahun 2018 lepas tu buat-buat busy tak busy sampai terlepas tahun 2017🙊.
p/s: kalau nak tengok edisi vlog sila scroll entry yang lepas.


baiklah, plan nak buat suprise kat laki sendiri(mesti laki sendiri, takkan laki kauorang plak kan?😂) dah ada sejak kali pertama mengenali beliau EH! melampau kau nih kahkah.plan nak buat suprise siap dengan belon dan bunga-bunga kat atas katil dah ada sejak awal tahun lagi.biasalah cik puan terpengaruh dengan trend acara suprise begini.lepas tu mengambilkira diri sendiri tak sihat sangat nak sambut kat luar, kira cantiklah suprise kat dalam bilik saja.tarikh birthday suami pun jatuh hari dia bekerja, siang tu dapat lah siap-siap apa yang patut, dia balik kerja boleh terus jerit SUPRRIISSSEEEEE...!!!! dengan gaya pompom girl.


mula-mula nak upah orang tolong buat.sekarang kan banyak yang buat service hias-hias untuk suprise macam ni.tapi waktu tengah tanya adik yang buat service tu terfikir pulak, beli belon dan lain-lain barang lepas tu hias ikut suka hati jimat sikit kan.maka awal bulan 11 tu terus lah order belon  dan plan apa-apa yang patut untuk birthday hujung bulan 11.



saya beli belon helium dari fb adex aretin.kalau beli 10 dan keatas dapat murah,kaum bini memang pantang dengar jualan murah(tak pasal-pasal), jadi saya beli 8 biji bentuk biasa, 4 warna putih dan 4 warna hitam sebab putih tu salah satu warna favourite saya dan hitam tu warna favourite suami saya dari dulu sampai bila-bila kahkah.2 biji lagi bentuk love, yang ni memang warna merah.hari yang dijanjikan tu lebih kurang 2 jam sebelum suami saya balik, adex aretin datang hantar belon ni kat rumah.
*update: tersilap tulis daaa.. saya beli belon bentuk biasa 10 biji.bukan 8 biji.5 warna putih dan 5 lagi warna hitam.



sejak tengahari dan mula kemas bilik.bilik saya ni banyak barang, semak la sikit(sebenarnya banyak 😒) jadi kena kemas apa yang boleh.lepas tu dapat ja belon terus mula hias.belon ni dapat satu ja pemberat, jadi saya lekat kat lantai dan katil guna sealer tape.belon helium ni dapat tahan selama 8 jam(kalau tak salah la), lepas tu pelan-pelan dia akan mengecut seperti dompet di pertengahan ke hujung bulan.. isk.. isk(geleng kepala).



bunga yang asalnya beli sebagai background nak tangkap gambar produk.habis kerja asal, dia jadi  layu di tasik madu, saya minta tolong kat suami untuk letak dalam air ka, balang ka.lepas tu suami saya letak dalam botol air, tengok-tengok dah segar balik sampai seminggu.mula-mula terfikir nak buat bentuk love kat tengah katil guna kelopak bunga ros, tapi sayang la hoi bunga ros tu mahai, satgi kena buang kelopak tu perasaan dia macam hang tengah buang duit kat dalam tong sampah.jadi guna saja lah kelopak bunga sejambak RM1.20 ini.



nak guna kelopak tapi punya lah haluih.bunga ada sejemput ja pun, mana cukup ni.maka saya guna lah sekuntum-sekuntum dan susun bentuk love.nak bajet romantik punya pasai gigih la dahku.



untuk birthday husband tahun lepas saya order cupcake bentuk game coc, tahun ni naahhh potong kek biasa ja.plan asal nak minta tolong kakna beli kek.tapi tetiba kakna balik rumah dia kat ipoh pulak.kalau kakna tak ada maksudnya tak ada sesiapa la yang boleh tolong beli kek.fikir punya fikir teringat kat kawan baik saya, kak nurul.saya nak guna hari selasa, hari ahad tu teringat.nasib baik hari ahad kak nurul cuti, terpaksa minta tolong  kak nurul beli.pesan kat dia "nak kek coklat bentuk bulat, hiasan tak kisah la macam mana pun dan nak tulis happy birthday sayang".sebab kak nurul memang baik dan rajin tolong saya, maka dia curi masa untuk beli jugak walaupun hari tu dia pergi ke mana entah.sebab ni lah saya memang tak berkira dengan dia tau, dia baik.. sobss.


kak nurul hantar kek ni petang ahad dekat nak maghrib.waktu tu jugak la suami saya pun balik dari beli barang.terpaksa coverline konon-konon kak nurul datang rumah nak hantar barang yang saya order.suami duduk dekat ruang tv, saya keluar kat kak nurul dan masukkan kotak kek dalam plastik tu.balut baik punya lepas tu saya letak kat ruang tamu yang paling depan.bila suami saya keluar rumah kejap, cepat-cepat saya simpan kek dalam peti ais satu lagi yang kakna guna untuk simpan barang baking.kalau sesiapa buka peti ais yang ni memang tak syak apa-apa sebab ingat tu barang baking kakna(tapi selalunya tak ada sesiapa buka peti ais ni sebab tau ada barang kakna ja).beli ahad, terpaksa la simpan kek sampai hari selasa.



hari tu saya pesan kat suami saya balik awal jangan buat ot.dia pun ok ja cuma lepas balik kerja dia nak singgah beli nasi arab siap request kat mak saya untuk buat air asam.biasa la, setiap kali birthday mesti dia nak makan kambing.dengar ja dia balik cepat-cepat saya nyalakan lilin kek tapi hampeh punya lilin, dalam dok kalut tu dia takmau nyala, lepas tu kena sengetkan jari dok petik lighters sampai tercucuh jari sendiri bhahaha 😂.



tiup lilin sambil corner baring.suami saya masuk ja bilik saya pun menyumbangkan lagu happy birthday sambil tergelak-gelak kau ingat kau comel? dia pun gelak sebab dia dah syak saya nak buat suprise ni.dia ternampak whatsapp saya dengan adex aretin tapi saya menafikan(jawapan artis) konon tak jadi sebab mahal.konon takmau buat apa-apa pun.balik ja la awal sebab nak spent time sama-sama sempena birthday dia.



potong kek atas katil.suami saya tak mau sangat pun sambut birthday atau dibelikan hadiah, tapi dah dapat bini gedik kena la redha bila bini buat juga.



happy birthday my husband.belon bentuk love saya minta dia pegang hehe.



suami saya tak suka tunjuk muka kat laman sosial.



dah habis suprise, saya, husband dan mak open table kat dalam bilik lepas tu berkelah bertiga.makan nasi arab yang suami saya beli.dia makan nasi arab dengan kambing, saya dengan mak makan yang ayam sebab kami dua tak makan kambing.



suprise saya dah menjadi.jumpa lagi di siaran birthday suamiku di tahun 2017 pula, insyaallah.



terima kasih.

No comments: