Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Review & 12 Color Swatches

Assalamualaikum.


Sejak review produk Palladio itu hari, saya dah mula kumpul produk dari jenama ni.produk yang paling membuka mata saya yang jenama ni bagus ialah Velvet Matte Cream Lip Color.lepas dah cuba beberapa produk dari jenama Palladio, serius memang tak rasa rugi.dah la harga murah, senang nak beli sebab boleh cari kat Guardian je(atau Guardian online), bahan-bahan pula dari bahan botanikal herba dan vitamins, lepas tu warnanya pula terang dan tahan lama.Untuk sesiapa yang belum cuba atau ingat saya sengaja review positif tu anda kena cuba sendiri ok? baru tau hasilnya macam mana tapi untuk saya, memang saya suka dan dah banyak mekap saya dari jenama ni.


Kali ni saya buat video review dan 12 color swatches.boleh tengok saya tukar-tukar pakai 12 warna pilihan dan boleh nampak sendiri betapa pekat dan terangnya warna-warna lip color ni.



Selamat menonton.jangan lupa pilih HD dan subscribe channel youtube saya.


P/S: dalam video ni muka over putih la pulak! bukan sebab kulit memang putih atau letak bedak over cerah, tapi sebab outo cahaya kot dek kerana tudung dan lip color warna terang.nampak tak betapa warna yang kita pakai mempengaruhi tone kulit kita?.jangan lupa dapatkan produk Palladio ok.


Disclaimer: review berdasarkan pengalaman saya sendiri guna dan description dari pengeluar.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



Terima kasih.




No comments: