Product Review: Maybelline White Superfresh Liquid Powder

Assalamualaikum.


Hai, sekian lama dah dapat dan guna produk ni, baru kini teringat nak publish review.Ampunkan dahku wahai Maybelline, selepas hampir 2 tahun entry ni terperam kat dalam draft, baru kini dahku teringat entry review yang satu ini dahku tak publish-publish lagik, tsk! Tapi tak apa, kalau anda berminat nak cuba juga, produk ini masih lagi available di pasaran.

Produk:
Maybelline White Superfresh Liquid Powder

Harga:
Tak Pasti Sebab Saya Dapat Free Dari Maybelline.

Saiz:
25ml

Tempat beli:
Watsons, Guardian atau di mana-mana tempat yang menjual produk Maybelline.

Kod:
Kalau  tak salah ada 4 kod warna, saya guna kod B4 SAND BEIGE.



Botol yang nipis dan ringan, senang dibawa ke mana-mana.
Bawak lah kat dalam handbag, boleh touch-up bila-bila masa.



Buka penutup dengan memusingkan penutup dari kiri ke kanan.



Tekstur produk sangat cair, jadi tak perlu picit.hanya tuangkan saja dan produk akan keluar sendiri.



Tekstur lebih cair berbanding liquid foundation biasa tapi hey! jangan pandang sebelah mata ya.
Produk ini special dan unik.



Di bahagian kiri tanpa sapuan produk, di sebelah kanan selepas sapuan maybelline white superfresh liquid powder.nampak perubahannya kan? warna kulit sekata, cerah, urat hijau dan pori kulit disamarkan.



Saya cuba apply produk dengan beberapa cara termasuk span dan berus, tapi saya rasa cara yang terbaik sekali ialah dengan menggunakan jari.Tuang produk di atas tapak tangan, calitkan ke muka dan ratakan sapuan menggunakan jari.Pastikan sapuan sama rata dan tak bercapuk.


Gambar kiri sebelum sapuan produk, gambar kanan selepas sapuan Maybelline White Suprefresh Liquid Powder.Kesan natural tapi nampak perubahan sebelum dan selepas.Takyah pakai bedak segala pun.Dekat bawah mata atau di kawasan yang ada parut saya akan letak lebih sikit dan pedap guna jari.



Rupa saya hanya dengan sapuan Maybelline Superfresh White Liquid Powder.
Tanpa bedak, concealer atau produk mekap yang lain.


MAYBELLINE WHITE SUPERFRESH LIQUID POWDER:-


FUNGSI MENURUT PENGELUAR:
✨Bedak unik di dalam formula cair/air.
✨Memberikan kesan cerah, segar, matte(pusam) dan rasa ringan sepanjang hari.
✨Nampak semulajadi dan kulit sekata tanpa kesan 'kaku' dan lekit.
✨Menyamarkan pori, garis-garis halus, dan ketidaksempurnaan.
✨Kulit akan berasa lembut, licin dan lembab.
✨Mencerahkan, melindungi dari UV dan kekal segar.
✨Diuji secara dermatologi.
✨Non-comedogenic(tidak mengandungi bahan yang menyumbat pori-pori)
✨Bebas minyak.
✨Lembut di kulit.
✨SPF 50 PA+++


HASIL PENGGUNAAN SAYA:
🌟Tekstur awal seperti liquid foundation, selepas diratakan ke kulit sebenarnya produk ini adalah bedak! memang unik.
🌟Tekstur sangat cair tapi mudah diratakan, mudah meresap ke kulit dan terasa seperti memakai bedak dan bukannya foundation.
🌟Nampak natural di kulit dan tak tebal.
🌟Takyah pakai bedak, cukup hanya guna Maybelline White Superfresh Liquid Powder dan biarkan saja atau boleh terus apply mekap yang lain seperti eyeliner dll.
🌟 Cepat dan menjimatkan masa.hanya sapu guna  jari.Produk juga mudah diratakan, tak perlu blend lama-lama dan tak perlu menggunakan bedak.
🌟Tak berminyak atau melekit.Rasa selesa  dan sesuai untuk kulit jenis berminyak.
🌟Kulit terasa lembab dan lembut.
🌟 Dapat menyamarkan bintik, kemerahan, dark circle yang tidak terlalu teruk serta parut nipis di muka.
🌟 Sesuai untuk cuaca panas di negara kita kerana produk ini mengandungi perlindungan UV yang sangat tinggi dan tekstur juga tak berminyak.
🌟 Kulit kelihatan cerah sedikit selepas setiap kali sapuan dan salah satu fungsinya juga dapat mencerahkan kulit.
🌟 Setiap produk pasti lah ada pro and cons, termasuklah produk yang ini.Hasilnya agak nipis dan kurang berkesan menutup cela atau masalah kulit tapi itu perkara biasa untuk produk dari jenis light coverage dan bukannya full coverage.


Discaimer:
Setiap review berdasarkan pengalaman diri sendiri guna dan maklumat dari produk/pengeluar.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.


terima kasih.