Tutorial Mekap Soft Untuk Kulit Hitam Manis

Assalamualaikum.


Ya ini bukan saya, PANNNGG! baiklah.ini bukan saya, gadis cantik ini ialah model tuto kali ni merangkap anak menakan saya(kroni-kroni ja kita rembat).punya lah lama saya berangan nak buat tuto mekap untuk kulit hitam manis, akhirnya terhasil jugak video yang sangat terharu ini.terima kasih nurul sebab balik kampung lepas tu tetiba kena jadi model tak berbayar auntie hewhew(thanks kak lon).


ini kali pertama saya buat tuto mekap tak guna muka sendiri.jangankan guna, tunjuk muka pun tidak! bhahaha.tak apa lah nampak tangan pun jadi lah buat lepas rindu hangpa semua kahkah.


saya teringin benar nak tunjuk mekap soft untuk kulit hitam manis disebabkan ramai yang keliru atau was-was nak mekap guna warna soft.kulit hitam manis paling sesuai menggunakan warna-warna tanah seperti coklat, gold, gangsa dan lain-lain dari tone yang sama.tapi tak bermakna anda tak boleh guna warna soft.boleh ja asalkan tak over.takpa, tengok ja tuto ni dan cuba sendiri ok?


satu lagi, orang selalu requested saya buat tuto mekap untuk orang tak pakai contact lens.sebenarnya semua mekap boleh buat tak kira samada anda pakai lens atau tak, cuma efeknya mungkin berlainan sikit.naahhhh.... kali ni saya tunjuk mekap yang tak cukur kening, tak letak bulu mata palsu dan model tak pakai contact lens.selamat menonton.



pilih kualiti HD tau lepas tu subscribe la channel saya untuk latest video.


kat bawah ni gambar guna studio lighting.
.
.






kat bawah ni gambar guna cahaya semulajadi.
.
.




gambar kat bawah ni betul-betul di bawah cahaya semulajadi.
.
.


kat bawah ni gambar close-up
.
.
guna studio lighting.



guna cahaya semulajadi.



selamat mencuba dan terima kasih.

No comments: