Product review: Mediheal mask dress code red.

Assalamualaikum.


Pung pang pung pang saya jaga kecantikan(kononnya), tengok kat luar tak flawless jugak.Tapi itu bukanlah alasan untuk saya berputus asa dari mengamalkan mask muka seminggu sekali dengan harapan bila dah tua takdelah nampak kertu sangat miahaha.


Kali ni saya cuba Mediheal dress code red.Satu paket ni ada satu keping mask saja ya.


Produk:
Mediheal dress code red.

Harga:
Tak ingat, RM16.00 rasanya.

Tempat beli:
Website yang menjual produk kecantikan korea.
hangpa cuba la tengok kat mana-mana website yang jual produk kecantikan korea, ada ja rasanya.


Saya syak mask ini bertopengkan manusia EH! bukan.Saya syak mask ini bertemakan masquerade mask kalau tengok dari corak beliau yang agak fancy itu.Mengerikan pun ada gak sikit πŸ˜’


Cara pakainya senang, keluarkan dari pek terus tepek kat muka memasing.Pepandai lah adjust bagi muat keseluruhan muka.Biarkan selama 10 ke 20 minit.Tapi sebelum tu cuci muka dan pakai dulu toner pilihan.Saya jenis yang tak pakai toner, maka lepas cuci terus paappp tepek mask dekat muka.


Dah cukup masa, tanggalkan dan pedap-pedap supaya lebihan essence menyerap masuk ke dalam kulit.Tapi saya tak selesa, saya bilas jugak dengan airπŸ˜….Ini la rupa saya selepas tanggalkan mask.Tidakkah saya kelihatan berseri-seri? LOL..


Fungsi Mediheal mask dress code red:
πŸ’ Bahan semulajadi.
πŸ’ Mengembalikan kulit yang bercahaya(glowing).
πŸ’ Anti penuaan.
πŸ’ Mengembalikan keanjalan kulit.
πŸ’ Menjadikan kulit kelihatan berseri.
πŸ’Mengandungi hyaluronic acid, trehalose, 
oriental beauty fruits newplex(pomegranate, fig, mulberry and gingko).
πŸ’ Mendapat patent untuk kepingan mask.Mask berwarna yang tidak meninggalkan kesan dakwat di kulit.Kepingan cellulose meminimakan iritasi dan membolehkan kulit menyerap lebih banyak essence.
πŸ’ Gunakan dua atau tiga kali sebulan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.


Pengalaman saya guna:
πŸ’– Ianya mempunyai bau yang wangi dan masam-masam seperti berries ya.Actually tak tahu nak described bau dia cemana, pepandai haku ja cakap macam berries hewhew.
πŸ’– Saiz kepingan mask agak besar dan untuk muka kecik besar kecik besar macam saya boleh adjust supaya mask kena dekat seluruh muka.
πŸ’– Mengandungi essence yang melimpah ruah.Sungguh tak kedekut jenama ini.
πŸ’– Selepas dah tanggalkan mask, kulit kasar berubah menjadi lembut, kulit kering berubah menjadi lembab, kulit kusam berubah menjadi berseri dan glowing.Disapu pula dengan pelembab, berganda-ganda terasa kelembutan kulit.ewaahhh kemain kau over kan, hiks.
πŸ’– Sehari selepas memakai mask ini muka saya ditumbuhi seketul ruam macam bengkak/kulit tersumbat.Namun saya kurang pasti adakah ianya disebabkan mask ini atau sememangnya ruam tersebut dah tunggu lama untuk timbul kat muka?  boleh jadi jawapan yang kedua sebab kulit saya sedang mengalami masalah ruam seperti chipsmore.Sekejap ada, sekejap takda, ciss, sungguh tak sangka tetiba ayat bertukar skema lagi serius pabila bercakap soal ruam di muka mulusku ini(PANG! sedas).




disclaimer:
Setiap review berdasarkan maklumat dari pembukusan/pengeluar dan hasil penggunaan diri sendiri.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



Terima kasih.

No comments: