zoeyzauyah vlog EP 20 | Room Makeover & Fresh Flowers.

Assalamualaikum.


Kebiasaannya saya akan online kat atas katil.Yang bestnya online atas katil bila letih boleh terbongkang tanpa rasa bersalah, tapi lelama bukan saja rasa bersalah, malah stress kau tahu melihat katil ku itu semak dek meja, laptop dan segala mak nenek harta benda isk.. isk.Sebelum bertambah semak ada baiknya saya cepat-cepat lakukan perubahan(ewahh ayat nak skema je kan?).Bagus lah jugak, kasihan laki sendiri sebab terpaksa letak komputer kat atas kotak vacuum je, jadi apa kata beli lah meja baru dan letak laptop dengan komputer di hujung katil.Takde lagi masalah katil semak.Selain ni, ada lagi benda-benda kecil yang saya ubah termasuk cara saya simpan stock makanan dan ubatan kat bilik, tilam baru gantikan tilam lama yang tenggelam di tengah.nasib baik ada warranty, kedai kasi free lah yang baru,lepas tu sekarang ni saya obses letak fresh flowers kat atas meja.kengkonon nak bagi segar dan hilangkan stress asik terperap kat dalam bilik ni ha.
Tengok lah kat dalam vlog ni ok? Saya tunjuk proses simple makeover yang kitaorang buat itu hari.


Pilih kualiti HD dan jangan lupa subscribe channel saya untuk latest video.




Terima kasih.