Azam baru, update blog selalu.

Assalamualaikum.


Kecintaan kepada blog tak pernah pudar walaupun para blogger sekelian dah beralih arah ke instagram, tapi saya tetap gigih dengan dunia blog cuma dah tak gila kuasa macam dulu, setiap hari update entry.

Kecintaan pada blog tuh sampai ke tahap melihat rakan sebaya dan bukan sebaya(instafamous muda remaja lawa-lawa woh! eh lari topik) meletak captions panjang di ig pun haku sibuk mendengus kat dalam hati "eh panjang-panjang ni buat la, update la kat blog, syok sikit baca".Sibuk je hati haku ni kan 😭 tapi sungguh la beza bila baca di ig dan blog.Blog lebih seronok weh.


Maka terimalah kepulangan saya di arena blog sebab saya rindu woohh nak bebel kat sini berbanding kat vlog saya hanya mampu bercakap sepatah dua kata sebab in reality saya memang jarang bercakap dan kurang peluang untuk merepek merapu.Don't worry bebeh, insyaallah blog saya update, vlog pun saya buat.


Patut usaha tingkatkan ibadat, tapi dia? 😭


Seperti gambar rajah di atas, saya akan cuba memenuhi masa senggang dan bosan para pemuasa(tak penah ku tahu wujudnya ayat ini) dengan kerap lagi gigih mengupdate blog ini.sementara memasing menunggu waktu berbuka atau stress melihat jarum jam ketika bekerja, nanti boleh la jenguk-jenguk blog saya sambil bertanya "masak ape tuuu?"(macam ahli mesyuarat tingkap).Eh tak patut betul saya menggalakkan anda menghabiskan masa membaca blog.Patutnya saya mendorong anda cari pahala banyak-banyak macam membaca Al-Quran ke, bersedekah banyak-banyak ke, bertambah jugak saham akhirat kita(mode setazah).Sedekah kat sini maksudnya sedekah pada yang sepatutnya bukan pada online shop.. Eleehhh ingat kitew tak tawuuu?(nada annoying) kahkah.


Doakan saya sentiasa sihat, baru la ada bahan dan aktiviti untuk saya update macam dulu-dulu walaupun dulu saya macam buruk perangai asyik up pasal boiprend(sekarang i dah ade laki) LOL.



Berjumpa lagi di lain entry, Bye.