Azzwaa Lipkiss Matte Cream Tutorial Dan 12 Colour swatches

Assalamualaikum.


Kembali bersiaran dengan tutorial cara pakai dan colour swatches untuk produk keluaran Azzwaa Beauty line,
Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set C (Metallic)
dan Set D (Normal).
12 colour swatches ya rakan-rakan, 12!
punya la banyak warna lawa sampai takleh nak pilih yang mana paling favourite.


Bag comel yang kita akan dapat.
Di dalamnya terdapat Azzwaa Lipkiss matte cream bersaiz kecil molek untuk travel.
Senang nak letak dalam tas tangan dan
lebih menguntungkan sebab harga moooraaahh-mooraahhh
tapi dapat 6 warna berlainan, sekaligus untuk setiap satu set.
Wah wah... berbaloi sungguh nih.



6 warna di atas dari Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set C (Metallic) dan 6 warna di bawah pula untuk Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set D (Normal).
Kan dah cakap warna semua cantik-cantik? nak tengok camna warnanya bila dah pakai boleh tonton video saya kat bawah ni.


Anyway, dua set kali ini adalah kesinambungan
dari dua set terdahulu iaitu
 Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set A dan Set B.
Saya pernah review set A dan set B di blog,
boleh scroll post yang lepas-lepas.

Produk dari:
Azzwaa Beauty Line.


Jenis produk:
Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set C (Metallic)
Azzwaa Lipkiss Matte Cream Set D (Normal)
*Travel size.

Harga:
RM39.90/Set

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian:
012-4940362

Maklumat lanjut:-
Fb: Azzwaa beauty line
Ig: azzwaa.beauty


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke channel saya.
Selamat menonton.



Disclaimer:
1. Warna produk yang asal/di luar mungkin berbeza berbanding di dalam
video dan gambar disebabkan lighting, kamera, skrin, dll.

2. Review adalah dari pengalaman diri sendiri menggunakan produk
dan maklumat dari packaging/pengeluar.Hasil dan kesannya mungkin berbeza
bagi setiap orang.

3. Setiap gambaran warna berdasarkan pemerhatian saya sahaja
untuk memberi gambaran warna yang hampir dekat dengan
warna asal dan memudahkan penonton.
Warna asal mungkin berbeza sedikit mengikut pandangan orang lain.
Contoh: kod metallic adwa saya gambarkan ianya berwarna metallic peach
dengan tone pink sebab ia paling hampir dengan warna tersebut
(dari pandangan mata saya).

4. Setiap penggunaan dan kesan adalah di bawah tanggungjawab sendiri.
Saya hanya review berdasarkan pengalaman menggunakannya sahaja.


Terima kasih.