Ke klinik gigi dan apa itu tampalan sewarna gigi(composite).

Assalamualaikum.


Tahukah anda disebabkan saya tak jaga gigi molek-molek sewaktu kecil
dan sewaktu besar jadi gigi saya selalu terkopek...?
tak, maksud saya selalu terpatah sedikit demi sedikit.
dah la gigi berlapis ada siung gigi kuning blablablabla okay cukup-cukup😭


Dan tahukah juga pada 7,8 tahun yang lepas sewaktu masih muda remaja
 dan bergetah(hihi) gigi depan saya dah rongak buruk rupa?
demi untuk menyelamatkan rupa eh gigi saya, saya mula pergi ke klinik gigi.
Niat asal nak cabut gigi tapi doctor cakap nanti habis lah kena pakai gigi pelesu.
Mesti dia kesian kan muda-muda dah rongak pastuh kena pakai gigi palsu.
Tak elegant betul pompuan nih isk!


Jadi doctor yang baik hati tetapi serius mencadangkan
rawatan yang dipanggil tampalan sewarna gigi(composite).
Eleh cam terer ja sebut padahal baru-baru ni je dapat tau rawatan tu dipanggil composite,
 selama ni panggil tampal je kahkah.


Okay takyah emo.Composite ni takde lah tahan mana,
kalau gigit benda keras atau selepas beberapa tahun dia akan patah dan kena buat semula.
Kali terakhir buat pada hujung tahun lepas.
Tapi kasihan, tak sampai dua bulan pun budak ni asyik hirup vitagen srrooottttt
 sambil menggigit straw yang keras lalu praapppp!
nah tak pasal-pasal tampalan tu dah longgar tapi saya biarkan je sampai 4 bulan
(sebab tak sihat nak ke klinik).
Mengenangkan ramadan dan raya tak lama lagi, kena lah gagahkan diri untuk pi buat semula
 sebab tak selesa dia longgar dok gerak-gerak(walhal susah nak melantak juadah haha).


Minggu lepas pada suatu pagi.....
Jam bernyanyi eh berbunyi, terjun katil dan makan roti pastuh gosok gigi
dan bersiap dengan memakai tudung makciks-makciks serta sweater hitam.
Sembur pewangi separuh balang sebab nak coverline tak sempat mandi
(pecah balang eh pecah tembelang) dah lewat ni,
nanti ramai orang takleh daftar dah macam kemarin
(sehari sebelum dah pergi tapi full pagi dan petang).
Dah siap semua paksa suami bangun dengan menjirus air
 EH TAK EEHHH! i tak buat camtu(tau takot).I gerak suami bangun dengan lemah lembut
tapi memula ja i lembut pastuh i hangin bila dia bersiap pun lemah gemalai
macam menari makyong haha sabar ja lah laki i.


Akhirnya berjaya mendaftar di klinik pergigian kamal.
Sejak bayi hingga dah tua biasa datang sini je(part bayi tu temberang sangat).
Doctor pun dari muda sekarang dah tua makin segak.
Doctor ini lah yang memula cadangkan composite tuh.
Kalau tidak, pasti sampai ke sudah saya tak tahu ada rawatan yang hebat macam ini
(selalu lebih-lebih).


Suami tanya apesal selalu datang sini dah la ramai pesakit kena tunggu lama pulak tu?
jawab saya sebab kat sini tak sakit, cabut gigi pun tak sakit (atau sakit yang kita boleh tolerate lah)
dan paling penting doctor nih dah tau saya tak sihat dan ada ubat/antibiotik
 dia kena bagi sebelum sesuatu rawatan(tapi buat composite ni takyah).


Hari tu saya terbaca kat kaunter orang yang berkerusi roda akan diberi keutamaan,
gigih saya  berkerusi roda dengan harapan dapat masuk cepat sebab saya tengah tak sihat
 takleh duduk lama-lama tapi harapannnnn...
.
.

Laaaaa....untuk OKU rupanya, ko ni selalu jek tersalah paham 😭
Tapi serius woh kenapa pesakit kronik yang bawa surat doctor dan berkerusi roda
tak diberi keutamaan atau paling kurang belas kasihan?
selalu alami di mana-mana termasuk bank(urusan yang tidak available secara online)
jawapan yang selalu diterima "kena tunggu macam orang lain"
dan akhirnya pulang begitu saja bila takleh duduk lama dah rasa sesak nafas
 atau pening atau nak pitam.tapi i tak kondem sesapa tau,
i tertanya-tanya je kenapa kita tidak mesra/memudahkan orang sakit selain di hospital?



Mari tunggu sambil berdoa supaya diri kuat sampai ke giliran sendiri.
Serius kat sini ramai pesakit.Menunggu selama sejam dua atau lebih itu perkara biasa.
Kali ni saya perlu menunggu selama hampir 2 jam dan dalam tempoh tu
pelbagai posisi berjaya dibuat.Maksud saya posisi duduk ya duduk 😅



Siapa pesakit sekarang? 😂
Sewaktu daftar cuma ada seorang abang, seorang pakcik dan
dua pesakit di dalam bilik rawatan(hafal woh),
makin lama makin ramai pesakit yang datang dan waktu tu saya dah pindah
ke tempat duduk biasa sebab nak sandar ke dinding,
suami duduk atas kerusi roda saya.
Pastilah semua ingat dia yang tak sihat berkerusi roda,
bila nama dipanggil kami bertukar tempat dan suami tolak saya
pastu semua kat situ macam terpinga-pinga siapa sebenarnya yang sakit? bhahaha.



Muka seperti mahu menangis tetapi jangan risau,
belum pernah terkencing di dalam seluar sepanjang mendapatkan rawatan di sini.
Sebelum rawatan doctor minta tanggalkan cermin mata saya bimbang kotor
dan digantikan dengan cermin mata ajaib berwarna kuning tapi takde power la.
Saya dah cuak memikirkan diri akan pening kalau tak pakai cermin mata/contact lens
sampaikan suami kat sebelah pun risau "habis lah, bini aku yang manis ini baring
kat rumah pun pakai speck, ini kena buka pula bagaimana jika beliau pening?"
okay-okay, terang lagi bersuluh part "bini aku yang manis" tu saja ja i tambah-tambah LOL.


Alhamdulilah mampu bertahan cuma hujung-hujung ja cam pening berpinar
(sebab baring rendah dan tak pakai speck).
Boleh bagitau doctor kalau kita rasa pening atau apa-apa
 tapi i cuba bertahan okeh.


Telah mencuri dengar perbualan doctor dengan pembantu(gila kepochi),
 berkat mencuri dengar baru saya tahu rawatan ini dipanggil composite,
kalau tak, tah camne nak berlagak kat sini kahkah.



Picture courtesy http://www.drplitt.com/
Ini bukan gigi saya, gigi saya lebih rongak dan mengerikan😭,
ini cuma contoh sebelum dan selepas rawatan composite
iaitu rawatan sama yang saya buat.


Ya saya tahu apa pertanyaan anda
(hebat boleh baca hati fikiran anda).


Sakit tak?
Tak, cuma ngilu waktu doctor gerudi.
Entah apa nama proses yang memula ni, tapi dia macam gerudi lah,
selalu tak terasa sangat tapi kali ni rasa lebih sikit,
macam bergegar kepala hotak(perasaan kot weh)
dan terkeluar suara kecilku ini, ihik malu kiteeww..
pastuh ngilu pun cam lebih sikit.Boleh tahan ja takde la sampai nangis meraung.
Dah banyak kali ulang buat kot itu pasal gerudi lebih.
Ni teori sendiri lah, i kan suka pandai-pandai.
Owh dan lagi kurang selesa part doctor letakkan benda yang rasa masam-masam tu.
Pembantu dia akan tolong sedut guna alat macam straw tu(tak tahu nak panggil apa haha)
tapi yang terlepas kena mulut memang masam la,
dan satu lagi part last sekali saya bernafas sambil terhidu habuk halus
yang keluar dari proses membentuk/melicinkan composite.


Lama tak?
Tak sampai sejam pun ikut pada tahap kerosakan atau
tampalan yang perlu dibuat mungkin?


Tahan lama tak?
Saya pernah baca composite ni tahan dalam 5 tahun
tapi bergantung pada keadaan.Saya ganas entah apa-apa yang saya gigit,
 jadi setiap beberapa tahun dia akan patah dan perlu ulang buat semula.
Pantangnya jangan gigit benda keras.
Doctor cadangkan rawatan crown supaya lebih kuat dan tahan lama
tapi kenapa saya masih tak buat sampai sekarang?
cey cey buat-buat tanya pula.


Warna sama tak?
Warna dia seakan-akan sama dengan gigi
tapi lama-lama dia akan berubah.


Mahal tak?
Saya buat kali ni kena RM60 saja.
Harga mungkin berbeza mengikut tahap kerosakan,
tampalan yang dibuat dan klinik yang anda kunjungi.


Selepas rawatan dibuat?
Rasa seronok(kaaahhh).
Memula rasa tak selesa sikit, tapi esoknya dah ok
cuma tekak kurang selesa macam nak batuk/selsema
sebab terhidu serbuk gigi/composite waktu doctor dok polish
(alaa part terakhir yang dia bentuk dan licinkan composite tu).


Untuk gambaran yang lebih jelas, boleh tonton video ini
dia tunjuk step by step rawatan composite.



Atau jika ngeri nak tengok part gerudi kat video tadi
boleh tonton yang ini saja.


Raikan gigi baru dengan cendol dan mee goreng mamak.
Lain kali jangan gigit straw vitagen lagi 😭



Kalau ada masalah gigi sila berjumpa dengan doctor gigi terus ya?
Diaorang je yang layak cadangkan rawatan apa yang sesuai dengan masalah anda.
Jangan berani guna produk atau alat dari online.
Jangan berani minta orang yang tak bertauliah untuk buat rawatan kat anda,
BAHAYA! Kesihatan tak dapat dijual beli,
jangan menyesal di kemudian hari.



Terima kasih.