Popia tersedap

Assalamualikum.


Sudah tiba di bulan ramadan tapi masih terbayang-bayang di pikiran dan terasa-rasa di taste buds akan kesedapan popia mashed potatoes and mozzarella cheese buatan kakna, eceh nak gak letak bahasa omputih(taste buds tuh).


Sebab tak aci merasai kesedapannya seorang diri, mari saya kongsikan kat sini supaya semua orang pun boleh cuba buat sendiri pastuh dah makan sekali akan terbayang-bayang kesedapannya macam saya.Tapi kan ke bulan puasa semua pun akan terbayang macam sedap jeee? diam arr weh.. diam, diam T___________T


bahan inti;
kentang lecek, sosej, isi ketam(crab stick),
serbuk lada hitam,garam, mozzarella cheese.

kulit:
kulit popia

'gam' untuk melekat lipatan popia:
air atau jika mahu 'gam' yang power seumpama gam gajah, boleh guna tepung gandum dibancuh pekat bersama air.



Letak inti gemuk-gemuk dan lipat popia anda atau di dalam kes ini popia kami or popia kakna (sibuk nak explain).Kakna dia tak kedekut punya worang, inti ditaruk lebih dan popia beliau tetap ranggup krupkrap krupkrap bunyi pabila digigit eceh!



kakna dapat dalam 2,3 tupperware besar dan kecil.Buat lah banyak-banyak boleh simpan dalam freezer pastuh goreng ja bila-bila masa.



Lapar tengah malam no hal, nak cepat time berbuka pun no hal, gorengkan aja popia yang kat dalam freezer tuh.Goreng dalam minyak yang banyak sampai kekuningan.



Siap.Sedap woohh.



Ranggupnya kulit di luar dengan lemak-lemak rasa inti,Amboiii sedap sungguh, tak tipu.



Boleh disira atau dicicah sambal.Bertambah-tambah kesedapannya bila rasa lemak-lemak inti digabung bersama pedas dan manis kuah sambal.Ini lah yang dok terbayang sangat tuh (bercucuran air liur. LAP SEKARANG!).


Terima kasih kakna for the recipe, bertambah pahala shared dengan orang.. ke dah memang tersebar meluas resepi ini? i kan selalu ketinggalan tsk!



Selamat berpuasa kawan-kawan.
terima kasih.