Ulang tahun perkahwinan

Assalamualaikum.


Seminggu yang lepas sepasang suami isteri telah menyambut ulang tahun perkahwinan mereka, cey cey.Terlalu banyak tarikh perkahwinan dek kerana jarak majlis yang jaaauuhhhh antara satu sama lain, jadi terpaksa pilih(dalam rela) satu tarikh untuk disambut, iaitu tarikh nikah.Nasib perlu pilih satu tarikh saja, kalau semua tarikh nak kena pilih kopak ar weh..! baiklah, tak perlu menyesal mengadakan lebih dari satu majlis, nasi sudah menjadi bubur ko pehal? 😂


Maaf lah kain lapik tak sempat seterika, teruja benar nak sambut eniberseri.


Isteri teruja bermekap dan berbaju cantik dengan plan asal nak potong kek dan bergambar di luar tapi hampa selepas hujan turun tanpa henti.Mari gelakkan dia kawan-kawan 😒


Plan ditukar, mari sambut di dalam rumah sahaja tapi sempat pasang lighting macam kat dalam studio.Gelap-gelap tak nampak mekap i nanti.Ini sesi meniup lilin pada kek yang takde separuh.Dah potong baru teringat tak sempat tangkap gambar tadi.Sekali lagi, tiup lah lilin, tangkap lah gambar, jangan sia-siakan usaha (dan mekap) i okeh 😭


Potong kek.Ya lelaki misteri ini suami saya, ceeyyy takyah pun bagitau yang tu semua orang pun tahu.Kalau anda masih tertanya-tanya, suami saya tak suka letak gambar kat media sosial, jadi mari letak gambar hati saja.


Rupa kek sama yang anda dapat lihat di mana-mana majlis saya sebab ianya murah dan menjimatkan kocek, hihihihihihi.Ok, berhenti gelak sekarang.Setelah melalui ombak badai ribut taufan hutan belantara cakaran naga, tibalah kita di tahap ini.Padahal baru 2 tahun 😒, diam ahhhh😭


Bunga tangan fresh flowers pemberian suami.Anniversary jatuh pada hari cuti, awal beberapa hari suami dah tempah bunga ini.6 kuntum roses pink(sebab isteri suka pink) sebagai tanda dah berapa tahun kami kenal.Penat i cakap kami dah kenal selama 7 tahun, tapi suami tetap dengan pendirian kami kenal 6 tahun saja.Mungkin dia pikir isteri sengaja mereka cerita sebab nak bunga lebih-lebih, eh lantak ko lah.


Hadiah saya untuk suami tercintah(bodek laki).Hadiah dompet buat ganti dompet beliau yang dah rosak.I guna duit sendiri bukan nafkah yang laki bagi(bangga) kahkah.Semua beli secara online termasuk kad ucapan.Bila dia yang ambil dari posmen cepat-cepat kena coverline.Behind the scenes saya rakam dalam vlog, nanti dah publish boleh la tengok.


Bunga dah masuk kat dalam pasu.Kebiasaannya saya akan simpan bunga sampai layu kering.Bunga yang suami bagi 4,5 tahun lepas pun masih ada lagi walau hanya dah tinggal tulang, eh dah kering kontang.


Ucapan untuk laki i takyah la tulis kat sini, i ucap ja kat dia sendiri.Entry ni pun dah cukup nak buat orang pikir haku bajet sweet menayang ka hapa nih? Biasa lah baru lagi, masih gedik wey bhahaha! Dah la baru 2-tahun-je-tapi-over-macam-dah-patlimapuluhtahun-pekup-muka-lari-k-bye.


P/S: Ramai ternanti-nanti entry nikah kahwin saya.Tengah pilih gambar ni.Insyaallah coming soooonnnnn... Sila doakan kerajinan eh kesihatan saya, dapatlah pilih gambar dan update laju-laju, seeeee youuuu(pantun).