zoeyzauyah vlog EP 29 | Yusuf, Ramen, Pool & How I Remove My Makeup



Assalamualaikum.
Saya kembali dengan vlog terbaru! cewah.Macam biasa dalam vlog ni saya tunjuk beberapa aktiviti yang saya buat.Insyaallah lepas ni(kemungkinan besar minggu akan datang) saya update vlog hari raya haji pula.Selamat menonton.


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel zoeyzauyah untuk video-video terbaru.



Terima kasih.

Purple Lipstick Makeup Tutorial

Assalamualaikum.
Sebelum ni saya pernah buat mekap yang sama macam ni untuk keluar jalan-jalan dan upload gambar di laman sosial, memandangkan ada yang cakap cantik dan saya tahu ramai yang teringin pakai lipstick purple cuma tak berani dan tak tahu mekap yang sesuai, jadi dalam video ni saya tunjuk salah satu mekap yang saya sendiri selalu buat dan anda boleh cuba.Jangan tak percaya, saya selalu ja pakai lipstick purple macam ni untuk keluar dan belum pernah orang pandang macam saya alien dari planet lain ke hapa HAHAHAHA(oh mai haku gelak) ok bye.

TIPS:
1. Dalam video ni saya letak warna terang sikit sebab nak disesuaikan dengan lighting(takut tak nampak dalam video), tapi di luar saya dan anda sendiri kalau nak cuba boleh kurangkan warna mekap supaya nampak lebih light dan natural, sesuai untuk jalan-jalan.

2. Untuk pakai lipstick warna purple atau warna-warna pelik/menyerlah/gelap, anda kena buat full face makeup.Maksudnya kena pakai foundation, bedak,eyeshadow, eyeliner, maskara dan pemerah pipi.Tak semestinya kena buat mekap yang terang, mekap yang natural juga boleh asalkan full makeup supaya nampak seimbang.Kalau kita menggunakan lipstick warna-warna seperti ini tanpa mengenakan full makeup, muka akan nampak pucat dan pelik seterusnya orang yang memandang akan tertumpu pada lipstick sahaja(dan anda mungkin akan rasa segan bila dipandang-pandang).

3. Perlu ada keyakinan diri untuk pakai lipstick warna purple atau warna-warna pelik yang lain.Jika tak ada keyakinan anda akan rasa segan dan orang pandang pelik(walaupun mungkin orang pandang biasa je).Kalau tak yakin ada baiknya jangan pakai, bimbang anda rasa malu dan diperhatikan.


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel zoeyzauyah untuk video terbaru.


Kat bawah ni gambar hasil mekap kali ni.
.
.
Guna studio lighting.




Cuba posing fierce tapi jadiknya worse.




Guna cahaya semulajadi.Suram sikit sebab cuaca gelap, hampir malam.







Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 28 | New Camera

Assalamualaikum.


Syukur alhamdulilah setelah sekian lama kamera ni termasuk dalam wish list saya, akhirnya atas izin Allah, saya dapat beli kamera baru yang sesuai untuk vlogging dan kerja-kerja saya.Terima kasih kepada anda yang tolong doakan saya dapat beli, semoga Allah memberi sebaik-baik balasan kepada anda, amin.So kat dalam vlog kali ni ada unboxing kamera baru dan beberapa aktiviti yang saya buat tapi separuh dari vlog saya record guna kamera handphone dan separuh lagi barulah guna kamera baru.Saya masih dok try biasakan diri dengan kamera ni, insyaallah saya akan cuba buat vlog yang lebih elok lepas ni ok?



Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel saya, zoeyzauyah untuk video terbaru.




Terima kasih.

Product review: Cathy Doll White Tofu Mask

Assalamualaikum.


Rutin wajib setiap minggu mesti tempek mask dekat muka.Nak kulit cantik, lembab dan lambat tua mesti jaga kulit secara konsisten, memakai mask ialah salah satu dari usaha.Anda suka mask yang macam mana? saya paling suka mask yang ada bahan natural, macam Cathy Doll White Tofu Mask dari Karmart Malaysia ni.



Packaging produk Cathy Doll semua comel-comel, termasuk Cathy Doll White Tofu Mask ni😍

PRODUK:
Cathy Doll White Tofu Mask

BERAT:
170ml

HARGA ASAL:
RM28.90
selepas diskaun kini RM23.12 !!!

BOLEH DIBELI DI:
www.karmarts.com.my

MAKLUMAT LANJUT:-
Facebook: karmartsclubmalaysia
Instagram: karmartsclubmalaysia



Tak macam mask biasa, Cathy Doll White Tofu Mask macam krim pelembab.



Tekstur Cathy Doll White Tofu Mask licin, warna putih tapi nampak transparent sikit bila disapu ke kulit.



Sapu di seluruh muka dan elakkan kawasan mata dan bibir, biarkan selama 10 ke 15 minit, kemudian cuci dengan air suam.



Selepas dicuci.Kulit lembut dan lembab.


FUNGSI PRODUK:
💓 Melembutkan kulit.
💓 Melembabkan kulit.
💓 Memutihkan kulit.
💓 Meningkatkan keanjalan kulit.
💓 Diformulakan dengan bahan semulajadi yang mengandungi banyak protien dan vitamins seperti ekstrak kacang soya, collagen, yogurt, royal jelly dan soy oil.


PENGALAMAN SAYA SENDIRI MENGGUNAKANNYA:
🌸 Bau wangi macam coconut candy dan cookies! suka sangat bau ni.
🌸 Tekstur seperti pelembab, licin dan lembab bila disapu di kulit.
🌸 Selepas 10 ke 15 minit lepas dah pakai pun tekstur mask masih lembab di kulit, dia tak kering dan tak tegangkan kulit macam kebanyakan sifat mask.
🌸 Saya pernah pakai mask ni lepas picit whitehead dan blackhead, rasa pedih sikit dekat kawasan yang dipicit tu, so saya nasihatkan kalau anda jenis tak suka rasa pedih macam kena gigit semut(sikit je) jangan sapu mask dekat kawasan yang dipicit/luka/jerawat yang dipicit atau senang cerita picit segala benda di muka pada hari lain dan pakai mask ini pada hari lain pula.
🌸 Hasilnya lepas dah cuci mask dari muka, kulit jadi lembab dan lembut.Sapu pula pelembab atau krim harian kita, bertambah lagi rasa lembab dan lembut di kulit tu.Kakak saya pun cuba dan hasilnya sama macam saya, lembab dan lembut.Tak nak cuba ke? 🙊


Untuk membeli boleh klik website yang saya tulis kat atas tadi.


Terima kasih.



DISCLAIMER:
Setiap review berdasarkan pengalaman diri sendiri menggunakannya dan maklumat dari pengeluar/penjual.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.Setiap pembelian pada pengeluar/penjual dan penggunaan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumabalas berkenaan produk atau lain-lain, sila berhubung dengan pengeluar/penjual sendiri.Terima kasih.