Product Review: Cathy Doll Water Splash Essence Dari Karmart Malaysia

Assalamualaikum.


Kadang-kadang saya nak keluar dekat-dekat ja atau ambil gambar syok sendiri (ihiks!) tapi muka nampak kusam, tak nak lah mekap tebal, nak pakai krim kat muka ja tapi nak yang boleh buat kulit nampak berseri dengan segera dan dalam masa yang sama dapat merawat kulit juga.. jadi apa yang saya guna? ni ha Cathy Doll Water Splash Essence dari Karmart Malaysia .


Krim magic dengan packaging comel.Magic sebab kesannya serta merta.

PRODUK:
Cathy Doll Water Splash Essence

BERAT:
50gm

HARGA:
RM44.90
Selepas diskaun kini RM31.43 !!!

BOLEH DIBELI DI:

MAKLUMAT LANJUT:-


Tekstur produk berkrim seperti pelembab tapi tebal dan pusam(matte).


Cuba di tangan.Ini yang paling unik ! Dengan Water Splash Essence Technology, bila disapu ke kulit krim ini akan mengeluarkan titisan air (water splash) seperti di dalam gambar ni.Nampak kan titisan air tu? teruskan sapuan sampai menyerap ke dalam kulit.


Cuba di tangan.Perbezaan sebelum dan selepas sapuan Cathy Doll Water Splash Essence.Antara kesan yang dapat dilihat serta merta.Kulit akan berubah jadi lebih cerah dan berseri berbanding sebelumnya.


Sebelum dan selepas.Selepas sapuan Cathy Doll Water Splash Essence, masalah bintik, pori yang terbuka dan kemerahan disamarkan.

p/s: Bila pakai krim saya memang sapu sampai ke kening sebab kulit di kening saya cenderung jadi kering dan menggelupas, so harap tak ada yang salah sangka saya edit sampai kening jadi cerah 😅


Kulit saya selepas saya pakai Cathy Doll Water Splash Essence.Dah tak kusam lagi.


FUNGSI PRODUK:
💝 Tekstur air essence yang lutsinar melembabkan kulit dan membantu pembaharuan sel kulit.
💝 Dalam masa beberapa minit kulit akan segera menjadi segar, lembab dan cerah sepanjang hari.
💝 Mencerah dan melembab dengan segera.
💝 Kulit nampak tegang.
💝 Sesuai untuk semua jenis kulit.
💝 Cepat menyerap.


BAHAN DAN KEBAIKAN:
💗 Onsen Water - Diperkayakan dengan pelbagai mineral semulajadi untuk melembabkan.
💗 L_Glutathione - Membantu menghalang pengeluaran melanin untuk kulit yang lebih cerah.
💗 Hydrogenate Lechitin - Membantu memperbaiki kelembapan dan keanjalan kulit.
💗 Pueraria Root - Membantu menegang dan mengurangkan kedutan.
💗 White Mulberry - Memerangi radikal bebas untuk kulit yang lebih berseri.
💗 Peppermint - Melegakan kulit dengan pelbagai vitamin yang terdapat di dalam peppermint.


PENGALAMAN SAYA SENDIRI MENGGUNAKANNYA:
💘 Produk yang unik.Terkejut waktu mula-mula pakai dulu.Tetiba keluar titisan air bila sapu krim ke kulit tapi saya teruskan sapuan dan semuanya diserap ke kulit.
💘 Krim yang cepat menyerap ke kulit.
💘 Berbau wangi.
💘 Tak berminyak dan tak melekit dalam tempoh yang lama.
💘 Kulit nampak pusam(matte) dan tak berkilat.
💘 Nampak cerah serta merta !
💘 Terasa ringan dan lembab di kulit.
💘 Berjaya menyamarkan bintik-bintik, pori yang terbuka, kemerahan dan kulit kusam.Walaupun bukan menyamarkan 100% tapi sekurang-kurangnya tak jelas kelihatan.
💘 Bagus sebab selain mencerahkan serta merta, produk ni juga merawat dan memberi kebaikan di kulit.
💘 Saya cadangkan anda cuba dan rasai sendiri perbezaan kulit sebelum dan selepas sapuan Cathy Doll Water Splash Essence dari Karmat Malaysia ni.


Terima kasih.


DISCLAIMER:
Setiap review berdasarkan pengalaman diri sendiri menggunakannya dan maklumat dari pengeluar/penjual.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.Setiap pembelian pada pengeluar/penjual dan penggunaan adalah di bawah tanggungjawab anda sendiri.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau maklumabalas berkenaan produk atau lain-lain, sila berhubung dengan pengeluar/penjual sendiri.Terima kasih.