Purple Lipstick Makeup Tutorial

Assalamualaikum.
Sebelum ni saya pernah buat mekap yang sama macam ni untuk keluar jalan-jalan dan upload gambar di laman sosial, memandangkan ada yang cakap cantik dan saya tahu ramai yang teringin pakai lipstick purple cuma tak berani dan tak tahu mekap yang sesuai, jadi dalam video ni saya tunjuk salah satu mekap yang saya sendiri selalu buat dan anda boleh cuba.Jangan tak percaya, saya selalu ja pakai lipstick purple macam ni untuk keluar dan belum pernah orang pandang macam saya alien dari planet lain ke hapa HAHAHAHA(oh mai haku gelak) ok bye.

TIPS:
1. Dalam video ni saya letak warna terang sikit sebab nak disesuaikan dengan lighting(takut tak nampak dalam video), tapi di luar saya dan anda sendiri kalau nak cuba boleh kurangkan warna mekap supaya nampak lebih light dan natural, sesuai untuk jalan-jalan.

2. Untuk pakai lipstick warna purple atau warna-warna pelik/menyerlah/gelap, anda kena buat full face makeup.Maksudnya kena pakai foundation, bedak,eyeshadow, eyeliner, maskara dan pemerah pipi.Tak semestinya kena buat mekap yang terang, mekap yang natural juga boleh asalkan full makeup supaya nampak seimbang.Kalau kita menggunakan lipstick warna-warna seperti ini tanpa mengenakan full makeup, muka akan nampak pucat dan pelik seterusnya orang yang memandang akan tertumpu pada lipstick sahaja(dan anda mungkin akan rasa segan bila dipandang-pandang).

3. Perlu ada keyakinan diri untuk pakai lipstick warna purple atau warna-warna pelik yang lain.Jika tak ada keyakinan anda akan rasa segan dan orang pandang pelik(walaupun mungkin orang pandang biasa je).Kalau tak yakin ada baiknya jangan pakai, bimbang anda rasa malu dan diperhatikan.


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel zoeyzauyah untuk video terbaru.


Kat bawah ni gambar hasil mekap kali ni.
.
.
Guna studio lighting.




Cuba posing fierce tapi jadiknya worse.




Guna cahaya semulajadi.Suram sikit sebab cuaca gelap, hampir malam.







Terima kasih.