Product Review: Maybelline White Superfresh Liquid Powder

Assalamualaikum.


Hai, sekian lama dah dapat dan guna produk ni, baru kini teringat nak publish review.Ampunkan dahku wahai Maybelline, selepas hampir 2 tahun entry ni terperam kat dalam draft, baru kini dahku teringat entry review yang satu ini dahku tak publish-publish lagik, tsk! Tapi tak apa, kalau anda berminat nak cuba juga, produk ini masih lagi available di pasaran.

Produk:
Maybelline White Superfresh Liquid Powder

Harga:
Tak Pasti Sebab Saya Dapat Free Dari Maybelline.

Saiz:
25ml

Tempat beli:
Watsons, Guardian atau di mana-mana tempat yang menjual produk Maybelline.

Kod:
Kalau  tak salah ada 4 kod warna, saya guna kod B4 SAND BEIGE.



Botol yang nipis dan ringan, senang dibawa ke mana-mana.
Bawak lah kat dalam handbag, boleh touch-up bila-bila masa.



Buka penutup dengan memusingkan penutup dari kiri ke kanan.



Tekstur produk sangat cair, jadi tak perlu picit.hanya tuangkan saja dan produk akan keluar sendiri.



Tekstur lebih cair berbanding liquid foundation biasa tapi hey! jangan pandang sebelah mata ya.
Produk ini special dan unik.



Di bahagian kiri tanpa sapuan produk, di sebelah kanan selepas sapuan maybelline white superfresh liquid powder.nampak perubahannya kan? warna kulit sekata, cerah, urat hijau dan pori kulit disamarkan.



Saya cuba apply produk dengan beberapa cara termasuk span dan berus, tapi saya rasa cara yang terbaik sekali ialah dengan menggunakan jari.Tuang produk di atas tapak tangan, calitkan ke muka dan ratakan sapuan menggunakan jari.Pastikan sapuan sama rata dan tak bercapuk.


Gambar kiri sebelum sapuan produk, gambar kanan selepas sapuan Maybelline White Suprefresh Liquid Powder.Kesan natural tapi nampak perubahan sebelum dan selepas.Takyah pakai bedak segala pun.Dekat bawah mata atau di kawasan yang ada parut saya akan letak lebih sikit dan pedap guna jari.



Rupa saya hanya dengan sapuan Maybelline Superfresh White Liquid Powder.
Tanpa bedak, concealer atau produk mekap yang lain.


MAYBELLINE WHITE SUPERFRESH LIQUID POWDER:-


FUNGSI MENURUT PENGELUAR:
✨Bedak unik di dalam formula cair/air.
✨Memberikan kesan cerah, segar, matte(pusam) dan rasa ringan sepanjang hari.
✨Nampak semulajadi dan kulit sekata tanpa kesan 'kaku' dan lekit.
✨Menyamarkan pori, garis-garis halus, dan ketidaksempurnaan.
✨Kulit akan berasa lembut, licin dan lembab.
✨Mencerahkan, melindungi dari UV dan kekal segar.
✨Diuji secara dermatologi.
✨Non-comedogenic(tidak mengandungi bahan yang menyumbat pori-pori)
✨Bebas minyak.
✨Lembut di kulit.
✨SPF 50 PA+++


HASIL PENGGUNAAN SAYA:
๐ŸŒŸTekstur awal seperti liquid foundation, selepas diratakan ke kulit sebenarnya produk ini adalah bedak! memang unik.
๐ŸŒŸTekstur sangat cair tapi mudah diratakan, mudah meresap ke kulit dan terasa seperti memakai bedak dan bukannya foundation.
๐ŸŒŸNampak natural di kulit dan tak tebal.
๐ŸŒŸTakyah pakai bedak, cukup hanya guna Maybelline White Superfresh Liquid Powder dan biarkan saja atau boleh terus apply mekap yang lain seperti eyeliner dll.
๐ŸŒŸ Cepat dan menjimatkan masa.hanya sapu guna  jari.Produk juga mudah diratakan, tak perlu blend lama-lama dan tak perlu menggunakan bedak.
๐ŸŒŸTak berminyak atau melekit.Rasa selesa  dan sesuai untuk kulit jenis berminyak.
๐ŸŒŸKulit terasa lembab dan lembut.
๐ŸŒŸ Dapat menyamarkan bintik, kemerahan, dark circle yang tidak terlalu teruk serta parut nipis di muka.
๐ŸŒŸ Sesuai untuk cuaca panas di negara kita kerana produk ini mengandungi perlindungan UV yang sangat tinggi dan tekstur juga tak berminyak.
๐ŸŒŸ Kulit kelihatan cerah sedikit selepas setiap kali sapuan dan salah satu fungsinya juga dapat mencerahkan kulit.
๐ŸŒŸ Setiap produk pasti lah ada pro and cons, termasuklah produk yang ini.Hasilnya agak nipis dan kurang berkesan menutup cela atau masalah kulit tapi itu perkara biasa untuk produk dari jenis light coverage dan bukannya full coverage.


Discaimer:
Setiap review berdasarkan pengalaman diri sendiri guna dan maklumat dari produk/pengeluar.Hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.


terima kasih.

Tutorial Mekap Soft Untuk Kulit Hitam Manis

Assalamualaikum.


Ya ini bukan saya, PANNNGG! baiklah.ini bukan saya, gadis cantik ini ialah model tuto kali ni merangkap anak menakan saya(kroni-kroni ja kita rembat).punya lah lama saya berangan nak buat tuto mekap untuk kulit hitam manis, akhirnya terhasil jugak video yang sangat terharu ini.terima kasih nurul sebab balik kampung lepas tu tetiba kena jadi model tak berbayar auntie hewhew(thanks kak lon).


ini kali pertama saya buat tuto mekap tak guna muka sendiri.jangankan guna, tunjuk muka pun tidak! bhahaha.tak apa lah nampak tangan pun jadi lah buat lepas rindu hangpa semua kahkah.


saya teringin benar nak tunjuk mekap soft untuk kulit hitam manis disebabkan ramai yang keliru atau was-was nak mekap guna warna soft.kulit hitam manis paling sesuai menggunakan warna-warna tanah seperti coklat, gold, gangsa dan lain-lain dari tone yang sama.tapi tak bermakna anda tak boleh guna warna soft.boleh ja asalkan tak over.takpa, tengok ja tuto ni dan cuba sendiri ok?


satu lagi, orang selalu requested saya buat tuto mekap untuk orang tak pakai contact lens.sebenarnya semua mekap boleh buat tak kira samada anda pakai lens atau tak, cuma efeknya mungkin berlainan sikit.naahhhh.... kali ni saya tunjuk mekap yang tak cukur kening, tak letak bulu mata palsu dan model tak pakai contact lens.selamat menonton.



pilih kualiti HD tau lepas tu subscribe la channel saya untuk latest video.


kat bawah ni gambar guna studio lighting.
.
.






kat bawah ni gambar guna cahaya semulajadi.
.
.




gambar kat bawah ni betul-betul di bawah cahaya semulajadi.
.
.


kat bawah ni gambar close-up
.
.
guna studio lighting.



guna cahaya semulajadi.



selamat mencuba dan terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 18 | Facial, Birthday, Lip Color, Spicy Korean Ramen.

Assalamualaikum.



dua orang budak tengah buat facial.auntie pun nak gelar budak jugeekkkk kahkah.sebelah saya ni anak saudara saya, nurul dari perlis.tengah tunggu result spm, so dia balik bercuti kat kampung dan buat special appearance kat vlog auntie haha.dalam vlog kali ni ada aktiviti saya buat simple facial dengan nurul, sambut birthday(thanks kepada anda yang wish dan doakan perkara baik-baik untuk saya hari tu), dapat lip color untuk review dan cuba spicy korean ramen dengan nurul.


pilih HD dan jangan lupa subscribe channel youtube saya, zoeyzauyah.

hangpa doakan saya ada rezeki beli kamera yang sesuai untuk vlogging tau.kalau perasan kualiti vlog saya berbeza.sat ok, sat tak, sebab saya tukar-tukar kamera.yang ada ni  tak sesuai untuk buat vlog.. sobsss... T________T



terima kasih.



Palladio Velvet Matte Cream Lip Color Review & 12 Color Swatches

Assalamualaikum.


Sejak review produk Palladio itu hari, saya dah mula kumpul produk dari jenama ni.produk yang paling membuka mata saya yang jenama ni bagus ialah Velvet Matte Cream Lip Color.lepas dah cuba beberapa produk dari jenama Palladio, serius memang tak rasa rugi.dah la harga murah, senang nak beli sebab boleh cari kat Guardian je(atau Guardian online), bahan-bahan pula dari bahan botanikal herba dan vitamins, lepas tu warnanya pula terang dan tahan lama.Untuk sesiapa yang belum cuba atau ingat saya sengaja review positif tu anda kena cuba sendiri ok? baru tau hasilnya macam mana tapi untuk saya, memang saya suka dan dah banyak mekap saya dari jenama ni.


Kali ni saya buat video review dan 12 color swatches.boleh tengok saya tukar-tukar pakai 12 warna pilihan dan boleh nampak sendiri betapa pekat dan terangnya warna-warna lip color ni.



Selamat menonton.jangan lupa pilih HD dan subscribe channel youtube saya.


P/S: dalam video ni muka over putih la pulak! bukan sebab kulit memang putih atau letak bedak over cerah, tapi sebab outo cahaya kot dek kerana tudung dan lip color warna terang.nampak tak betapa warna yang kita pakai mempengaruhi tone kulit kita?.jangan lupa dapatkan produk Palladio ok.


Disclaimer: review berdasarkan pengalaman saya sendiri guna dan description dari pengeluar.hasilnya mungkin berbeza untuk setiap orang.



Terima kasih.