Bronze Brown Makeup Tutorial


Assalamualaikum.
Sebenarnya saya tak berapa puas hati dengan mekap kali ni sebab tersilap buat di bahagian bawah mata.Bukan rasa tak lawa la, tapi rasa tak puas hati dan rasa tak kemas haha... tapi ramai yang voted di instagram supaya saya upload, jadi ini lah dia tuto mekap terbaru dari saya.Tak apa, Insyaallah next time saya akan buat mekap yang lebih elok ok?


Pilih HD dan please like, share dan subscribe sebagai sokongan kepada saya... cewah sokongan kata kau! sokongan lah kan baru ada semangat nak buat tuto mekap lagi hehe.Senarai produk yang digunakan ada di description box video ni.


Gambar mekap menggunakan studio lighting.


Gambar mekap menggunakan natural lighting.



Follow saya di instagram @zoeyzauyahofficial.


Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 57 | Aidiladha 2018 & Get Ready With Me.


Assalamualaikum.
Ini vlog hari raya aidiladha hari tu.Selamat menonton 😉.


Pilih HD dan jangan lupa like dan subscribe ke youtube channel saya.




Follow ig saya zoeyzauyahofficial.


Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 56 | New Glasses, Modify Facial Mask, My Favourite Place To Eat.


Assalamualaikum.
Tak sempat nak buat tuto mekap terbaru, jadi updated lah vlog lagi.Selamat menonton semua😉.


Pilih HD.Jangan lupa like video ni dan subscribe ke youtube channel saya.



Follow saya di instagram @zoeyzauyahofficial saya lebih kerap update di sana.


Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 55 | Broken glasses, Try Out Ramen Carbo, Follow Up With The Doctor.


Assalamualaikum.
Untuk vlog kali ni ada tunjuk kejadian cermin mata yang patah, saya cuba ramen carbonara yang dicanang-canang tu dan ikut saya ke temunjanji dengan doctor.Selamat menonton semua!


Pilih HD.Jangan lupa like dan subscribe ke youtube channel saya.


Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 54 | What I've Been Doing


Assalamualaikum.
Minggu ini kembali dengan vlog, tapi sudah terang dan nyata saya tak tahu nak letak tajuk apa haha... Selamat menonton.


Pilih HD.Jangan lupa like dan subcribe untuk video terbaru.


Follow saya di instagram zoeyzauyahofficial saya kerap update di sana terutama di ig story.Jumpa di sana 😉.


Terima kasih.

Natural Daily Makeup Tutorial


Assalamualaikum.
Percayalah ramai di antara kita sebenarnya suka bermekap supaya tak nampak pucat tapi sebolehnya mahukan mekap yang paling natural ala-ala 'makeup no makeup' konsepnya, jadi untuk tutorial mekap kali ini saya tunjukkan mekap yang sangat natural dan mudah dibuat.Mekap ini sesuai sebagai mekap harian, ke tempat kerja, jalan-jalan atau duduk rumah pun boleh! yang penting mekap ringkas macam ni senang nak cuci sebelum wudhuk dan senang dibuat semula selepas habis solat.Jadi cepat-cepatlah tengok tuto ni dan cuba sendiri! 😆.Owh sebelum anda keliru lain benar rupa saya kali ni, maaflah belum mampu nak bedah plastik (dan tak hingin pun! haha) tapi ini anak saudara saya.Amboi untunglah ada ramai anak saudara perempuan, boleh sambar sekejap jadi model auntie haha.Thanks Aina jadi model auntie.. auw auw😂.


Pilih HD ya dan jangan lupa like, share dan subscribe ke youtube channel zoeyzauyah untuk video terbaru.Thanks hangpa 😉.


Gambar hasil mekap kali ini menggunakan lampu studio.


Yang ini pun guna lampu studio.


Yang ini gambar hasil mekap menggunakan cahaya semulajadi.


Dan yang ini juga menggunakan cahaya semulajadi.



Insyaallah jumpa lagi dalam tutorial akan datang.


Terima kasih.

Ramadan 2018

Assalamualaikum.


Sejak jadi personal photographer kakna ni, fon saya dipenuhi dengan gambar makanan sampai habis memory dek gambar yang terlalu banyak.Tambah pulak ramadan yang baru saja berlalu kami berdua sepakat nak ambil gambar juadah berbuka setiap hari buat kenangan, jadi penuh fon saya dengan hasil masakan kakna.Walaupun gambar ni semua untuk ig dan facebook beliau, tapi rugi pulak tak abadikan dalam blog kesayangan saya.. kah! kesayangan sangat, setahun sekali baru ada hati nak update betul-betul (maksudnya update untuk blog sepenuhnya bukan update yang youtube).


Ramadan hari tu hampir setiap hari kakna masak sendiri juadah berbuka, antara sebabnya tak sempat nak ke bazar ramadan disebabkan dia kena urus segala-galanya seorang diri termasuk menjaga saya dan mak yang tak sihat (tak boleh tinggal lama), cuaca hujan sejak hari pertama puasa (bayangkan bersesak di bazar dalam keadaan hujan lebat?), suasana bazar/makanan yang dijual yang ada kalanya kurang bersih dan yang paling penting sebab saya yang minta kakna masak sendiri di rumah sebab fobia dengan kes keracunan makanan dan makanan yang tidak bersih (baca orang shared keracunan makanan sampai masuk hospital dan ada yang sampai menemui ajal atau terjumpa benda-benda yang tak sepatutnya di dalam makanan!).Fuhh fobia sampaikan ada hari kakna plan nak beli makanan di bazar ramadan saya bangkang sekeras-kerasnya haha! tapi ada sekali dua terlepas jugak beli di bazar, itu pun sebab terpaksa.


Jadi untuk menghargai penat lelah kakna masak sedap hampir setiap hari, nah saya kongsi juadah yang sempat kami berdua tangkap gambar.Kalau nak tengok gambar masakan kakna yang saya ambil, boleh ke ig beliau maisekutgift atau facebook ina eddy, kakna ada open order untuk makanan jugak seperti brownies, kek, cream puff dan lain-lain, boleh tengok kat sana.


Juadah hari pertama puasa.Mee goreng mamak, agar-agar pandan dengan santan dan air oren sanquick.


Juadah untuk hari kedua puasa.Bihun sup bakso, roti jala cicah gulai daging dan minuman pulak air bandung.


Juadah hari ketiga puasa.Bubur lambuk, popia carbonara dan air cincau jagung.


Juadah hari keempat puasa.Nasi dagang dengan gulai ayam dan bahan-bahan pelengkap, air minuman tu soda herbs.Adik saya cce suka betul buat air ni (dalam gambar ni kakna yang buat), tapi pelik sungguh rasa dia sampai terasa-rasa di lidah hingga ke tengah malam padahal minum sikit je waktu berbuka haha.


Juadah hari kelima puasa.Laksam dengan coq keria (tapi kakna salut gula seperti donut).Air tak dapat dikenalpasti sebab dah lupa haha.


Juadah hari kelapan puasa.Pisang goreng cheese, nasi goreng nenas dan air fanta (kakna buat sendiri dan pastinya tanpa gas).Nenas jiran yang bagi hasil yang dia tanam(kalau tak salah dia tanam pokok nenas ni bersama arwah pak saya dulu).Manis betul baunya.


Juadah hari ketujuh puasa.Mee bandung, kuih tako yang kakna buat bentuk 3 segi dan air sirap lemon.


Juadah hari kelapan puasa.Fetuccine carbonara, roti lapis daging berkeju dan air fair lady.Air ni paling sedap bagi saya untuk puasa tahun ni.Dengan gabungan air laici dan oren sanquick, simple tapi sedap (untuk tekak saya lah).


Juadah hari kesembilan puasa.Bihun sup utara tapi kakna kata bihun tiba-tiba jadi pucat, tak kuning seperti kebiasaan bihun sup utara.Warna kuning luntur katanya! haha. Minuman pulak air soya cincau.


Juadah hari kesepuluh.Abang saya sekeluarga balik berbuka sekali dan beli kek ni untuk birthday mak.Hari ni dah ramai, kakna tak masak sebaliknya dia beli di bazar ramadan (kan dah cakap tadi terlepas jugak beli kat bazar😆).Walaupun kek ni bukan kakna yang buat tapi tak kira nak letak jugak  gambar dia haha.


Juadah hari kesebelas.Mee kari, puding karamel dan air ribena longan.sedap betul puding karamel ni sampai teringat-ingat dan minta kakna buat lagi.Ada dua lapisan sebenarnya, karamel dan coklat.Dan air kedua tersedap di bulan ramadan tahun ini jatuh kepada air ribena longan ini! sayangnya tak berani minum banyak sebab ada longan, dah lama tak makan longan jadi saya takut kot-kot dia buat saya penat dan susah bernafas, isk!


Juadah hari kedua belas puasa.Mee sanggul goreng, roti kebab daging dan milo ais kaw.Roti kebab daging tu saya yang minta kakna buat sebab tahun lepas dia pernah buat, teringat kesedapannya sampai ke tahun ni (over) haha.


Juadah hari keempat belas puasa.Chicken grilled bersama black pepper sauce, mash potato dan coslow.Air dah lupa.Coslow tu kakna letak jagung bersama carrot sebab seisi rumah tak boleh makan kobis, tapi sedap sebab ada rasa manis-manis jagung dengan carrot tu.Perasan tak terus ke hari keempat belas tak ada hari ketiga belas? hari ketiga belas kakna balik berbuka di rumah mertua dia, jadi adik saya cce yang masak hari tu.Cce masak moi (bubur nasi) dan abang saya balik dia beli karipap di bazar.Memandangkan waktu berbuka tu saya tak lalu makan, bila dah lapar balik malam tu suami saya beli kfc saja.Kesimpulannya tiada gambar juadah pada hari tersebut.


Juadah hari kelima belas.Koay teow ladna, pulut seri muka dan air dragon mix fruit yang viral tu... tapi air ni tak berjaya untuk menjadi favourite saya😂.


Juadah hari keenam belas.Nasi lemak bersama bahan pelengkapnya seperti masak cabai(sambal tumis) ikan kering, telur rebus, ikan bilis goreng bersama kacang dan timun.


Juadah hari ketujuh belas.Bihun goreng tomyam, puding coklat karamel dan air ribena bandung.Puding sama macam hari kesebelas berbuka puasa.Pasal sedap sangat, jadi minta kakna buat lagi dan macam biasa lah habis licin!


Juadah hari kelapan belas puasa.Maggie goreng mamak, kuih lopes dan iced lemon tea.Saya tak minum pun air tu sebab saya tak boleh minum teh nanti angin satu badan😂.


Juadah hari ke sembilan belas.Chicken chop, fries, coslow dan air fresh orange.Tengah mengunyah chicken chop ni lah gusi saya mula sakit dan bermula lah ramadan ku yang murung tapi sedap sebab yang kakna buat ni tak rasa hanyir telur dan ayam masak elok di bahagian dalam.


Juadah hari kedua puluh puasa.Cucur udang campur cicah kuah kacang, puding cincau dan air sarsi.Kenangan betul bila kakna buat cucur udang campur ni sebab arwah pak dulu suka beli cucur udang campur macam ni.


Juadah hari kedua puluh satu puasa. Laksa sotong(laksa kedah) dan kuih cara manis.Laksa tu saya yang minta kakna buat sebab memang favourite saya.


Juadah hari kedua puluh dua puasa.Nasi serai, ayam masak ros, air asam kerisik dan jus nenas.Buat kali kedua jiran saya bagi buah nenas yang dia tanam.Manis-manis, kuning dan wangi betul nenasnya.terliur, terus minta kakna buat jus.


Juadah hari kedua puluh tiga puasa.Spaghetti goreng black pepper dan kuih nona manis.


Juadah hari kedua puluh empat puasa.Mee sup dengan coq kodok pisang (jemput pisang).


Juadah hari kedua puluh lima puasa.Nasi tomato, kurma daging, ayam merah, acar timun nenas dan smoothie strawberry.


Juadah hari kedua puluh enam puasa.Yee mee sizzling, puding milo oreo dan smoothie nenas.


Untuk hari kedua puluh tujuh kakna tak masak sebab dah mula mengemas rumah, jadi hanya beli kfc dan pizza untuk berbuka.Hari kedua puluh lapan kakna masak bihun singapore tapi saya tak tangkap gambar sebab sibuk tahan sakit gusi dan kalau perasan gambar-gambar terakhir tu tak ada ulasan lebih-lebih sebab dah tak boleh nak nikmati makanan dengan baik, telan untuk isi perut semata-mata haha😂.Hari kedua puluh sembilan yang merupakan hari terakhir puasa, kakna masak nasi daging tapi tak ambil gambar juga sebab kakna tak sempat dan letih buat persiapan raya untuk esoknya dan saya sendiri pun tak sihat.


Alhamdulilah Allah masih bagi peluang melalui ramadan pada tahun ni tapi kecewa sebab tak dapat buat amal ibadat banyak-banyak.Mana taknya, sejak hari pertama saya dah mula sakit perut dan rasa sangat lemah sampai ke pertengahan ramadan.Bila dah hujung-hujung sakit gusi pulak, isk..isk.Kawan-kawan tolong doakan saya sembuh dan sihat ya? supaya dapat melalui ramadan pada tahun depan, buat amal ibadat lebih banyak dan lebih baik dari tahun ni, Insyaallah.



Jangan salah sangka bila saya dan kakna selalu updated gambar masakan, bukan menunjuk tapi upload sebagai kenangan, hobi dan kakna sendiri ambil order makanan, jadi kena update selalu.Harap tak ada yang salah faham.


Insyaallah next entry saya update pasal raya pulak.



Terima kasih.






zoeyzauyah vlog EP 53 | How We Make Ketupat Palas & Facial Again.


Assalamualaikum.
Kat dalam video ni saya tunjuk macam mana kakna buat ketupat palas tapi ini bukan tuto atau resepi, saya cuma kongsi aktiviti kami buat ketupat palas.Saya ada tunjuk jugak aktiviti saya buat facial sendiri.Selamat menonton.


Pilih HD dan jangan lupa like dan subscribe ke youtube channel saya.




Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 52 | Raya 2018/Eid 2018


Assalamualaikum.
Selamat menyambut hari raya aidilfitri 2018, maaf zahir dan batin.Ini vlog raya hari tu, Insyaallah nanti saya akan update kat blog ni cerita raya dengan lebih detail lagi berbanding di vlog.Stay tuned dan selamat menonton.


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel saya untuk video terbaru.
Selamat hari raya semua.



Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 51 | Last Week Of Ramadan 2018 & Eid Preparation.


Assalamualaikum.
Selamat hari raya semua! Dah lepas raya baru nak update vlog minggu terakhir ramadan sebab nak record sampai hari terakhir puasa.Insyaallah nanti saya update vlog hari raya pulak.Selamat menonton.


Pilih HD dan jangan lupa like dan subscribe ke youtube channel saya.




Terima kasih.

Tutorial Mekap Raya 2018 (Natural) | Eid Makeup Tutorial (Natural)


Assalamualaikum.
Untuk tutorial mekap raya 2018 yang kedua ni, saya tunjuk mekap menggunakan warna soft dan natural.Sesuai untuk semua warna baju dan acara.Selamat menonton dan selamat mencuba😊.


Pilih HD dan jangan lupa like, share dan subscribe ke youtube channel saya untuk video terbaru.


Gambar hasil mekap menggunakan studio lighting.




Gambar hasil mekap yang ini menggunakan natural lighting.




Selamat hari raya dan terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 50 | Third Week Of Ramadan 2018

Assalamualaikum.
Walaupun pelik saya publish vlog hari sabtu,
tapi enjoy je lah ok? 😜
Selamat menonton.


Pilih HD.
Jangan lupa like dan subscribe.




Terima kasih.

Tutorial Mekap Raya 2018 | Eid Makeup Tutorial

Assalamualaikum.
Kembali lagi dengan mekap raya yeaaa..! Tahun lepas tak sempat buat tuto mekap untuk raya, jadi tahun ni saya buat awal sebelum puasa hari tu lagi hehe.Macam biasa lah, ini sekadar idea mekap yang anda boleh buat untuk hari raya.Warna sesuai untuk semua acara dan warna pakaian, dan yang penting teknik yang saya tunjuk memang simple supaya senang dan cepat untuk sesiapa yang nak cuba.Selamat berpuasa dan selamat menonton 😊.


Pilih HD dan jangan lupa like, share dan subscribe.


Hasil mekap dan gambar menggunakan studio lighting.




Hasil mekap dan gambar menggunakan natural lighting.





Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 49 | Second Week Of Ramadan 2018


Assalamualaikum.
Ini adalah vlog untuk minggu kedua ramadan 2018.
Selamat berpuasa dan selamat menonton.


Pilih HD.
Jangan lupa like dan subscribe.



Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 48 | First Week Of Ramadan 2018


Assalamualaikum.
Akhirnya dapat jugak publish vlog untuk minggu pertama ramadan.Macam-macam dugaan nak publish vlog yang satu ni tapi takpa, saya kan gigih wakaka.Selamat menonton semua.


Pilih HD dan jangan lupa like dan subscribe untuk video terkini.



Terima kasih.

Tradisi ramadan pertama.


Assalamualaikum.
Sempena bulan puasa yang mulia ni, che ta eh saya zoey zau yah nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan yang mulia.Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan untuk berpuasa dan melakukan amal ibadat sebanyak-banyaknya.

Dalam entry ni saya akan bahasakan diri sebagai aku.Aku weh aku wakaka! Bukan nak kurang ajar tapi saje nak bahasakan aku, macam mesra je kan? ceh dah 8 tahun buat blog baru sekarang kau nak mesra-mesra? kah..!

Sejak hari tu lagi aku dah pungpang pungpang nak update blog di bulan ramadan.Alhamdulilah berkat ramadan terbuka hati nak menulis blog semula, harap-harap istiqamah la hendaknya tapi bukan lah update setiap hari.Dulu lain, aku bersemangat waja, sehari entah berapa entry aku updated, macam tak ada kerja lain gayanya.Tapi tak apa lah, update sekali sekala pun dah puas hati sebab rindu weh nak tulis kat blog kesayangan ni.Eceh dan-dan kesayangan😆.


Dua gambar daging dah berlalu, tapi kelibat isi utama entry belum nampak batang hidung.Sejak dulu memang macam ni, bukan main liat nak update blog, tapi sekali start menulis, bersimpang siur peginya, isi utama tak sampai-sampai jugak.. wakaka.

Sebenarnya aku nak cerita pasal budaya atau tradisi orang dulu-dulu setiap kali menyambut puasa dan sahur yang pertama.

Dulu aku pelik kenapa sehari sebelum puasa ramai betul orang jual daging.Di mana-mana ada daging dan ada daging di mana-mana eh! Kat tepi jalan yang selalu sunyi pun tetiba banyak gerai jual daging, tapi dulu la, sekarang aku tak pasti sebab dah lama aku tak keluar rumah hehe.

Dulu arwah pak aku pun akan tanya mak nak beli apa untuk sahur esok? daging? wah glemernya daging! jadi aku pun tanya la kat mak kenapa tetiba daging menjadi sangat popular? kenapa orang nak beli daging untuk puasa pertama?

So mak aku pun story la... katanya ini tradisi sejak dulu sebab zaman dulu daging dan ayam ni mahal, ramai pulak orang yang susah, jadi tak berapa mampu nak makan selalu.Bila tibanya ramadan orang masih malas-malas nak bangun sahur yang pertama, so bila adanya lauk daging atau ayam ni kira special lah. Orang akan bersemangat nak bangun sahur sebab ada lauk sedap dan special. Lauk special dan mahal untuk bersahur dan berbuka bagi meraikan kedatangan ramadan juga lah konsepnya.Oh begitu rupanya.. ku pikirkan kenaaapaaa(nada zaman P.Ramlee).


Sekarang aku tak tau la samada orang masih mengamalkan tradisi yang sama atau tak. Dah ramai pun golongan berusia yang dijemput Ilahi, maknanya golongan yang mengamalkan tradisi menarik ni semua dah takde.Golongan muda apa tau sangat? eh tapi aku tau wakaka(nak ngaku muda la tu).Lepas arwah pak dah tak ada, aku pun tak pasti rumah ni masih mengamalkan tradisi ni atau tak.Tak sempat pulak nak perhati.Tapi tahun ni kakna masak lauk ayam masak kicap untuk sahur yang pertama dan daging untuk berbuka, tak pasti sebab dia meneruskan tradisi atau kebetulan saja. Tahun ni mak aku dah tak sihat, so kakna lah kena ambil alih bab sahur, berbuka dan semua bab.Aku bab melantak dan menyibuk aje kahkah.

Eh jap, perasan tak 3 gambar daging kat atas ni lebih kurang sama aje? Aku suka ambil gambar banyak-banyak lepas tu sayang nak delete, ada baiknya aku letak banyak-banyak tapi yang tak baiknya bila memori aku cepat full, isk!


Untuk menyokong kata-kata aku bab tradisi ni, hangpa boleh tengok sendiri dari komik 3 dara pingitan ni.Cerita asal diterbitkan pada tahun 1991 kalau tak salah aku.Umur aku 3 tahun waktu tu, puasa ke hapa pun aku belum tau.Kat dalam ni ada cerita pasal nak sambut puasa.Kebetulan aku baca komik ni, tetiba terjumpa cerita yang aku rasa betul lah apa mak aku cakap, sambut puasa ada daging lah, ayam lah, si esah siap buat lemang katako...


"Masak ayam je".Tak 'je' lah sebab zaman tu ayam masih dikira sebagai lauk yang mahal. Sekarang hari-hari kita mampu makan ayam dan daging, starbucks aje mampu sekali sekala, eh! kahkah (paham ke tak paham?).


Ko tengok abang ajiz eh pakcik ajiz pun beli daging nak sambut puasa.Kurang ajo sangat kan aku nak panggil orang tua abang walaupun komik sajo kahkah.


Baiklah, ini entry pertama untuk puasa pertama 2018 ni.Insyallah lepas ni aku update lagi walaupun pembaca blog sekarang tak semeriah dulu.Ini semua salah instafamous! kahkah tak pasal-pasal.


Selamat berpuasa semua, salah silap harap dimaafkan.Aku insan biasa selalu buat salah dan dosa, insap sekejap lepas tu buat balik, huduh perangai wakaka.


Terima kasih.
Bye.



Nude Makeup Tutorial


Assalamualaikum.
Sebelum menyambut puasa, mai lah kita tengok nude makeup tutorial dulu, nanti masuk bulan puasa nak tengok mekap untuk raya pulak kan? ewah... puasa pun belum kau dah sibuk-sibuk bab mekap raya..ekeke.Mekap nude ni menggunakan warna-warna yang sedikit pucat dan kali ni saya buat ala-ala tan skin.Selamat menonton.


Pilih HD.
Jangan lupa like, share dan subscribe.
Senarai produk yang saya guna ada di description box video ni.


gambar guna studio lighting.


Gambar guna natural lighting.



Tak sabar nak update blog bulan ramadan nanti.Rindu weh nak tulis blog.


Terima kasih.
Bye!

zoeyzauyah vlog EP 47 | Happy Birthday & Trying Out New Face Mask


Assalamualaikum.
Malas nak taip panjang-panjang sebab tak tau nak cerita apa, kena tonton sendiri la ok? hehe..
Selamat menonton.


Pilih HD dan jangan lupa like dan subscribe ke youtube channel saya.




P/S: Insyaallah ramadan nanti saya akan update blog semula.Rindu weh nak menceceh kat blog ni tanpa segan silu miahaha.


Bye!

zoeyzauyah vlog EP 46 | Kena Cucuk !


Assalamualaikum.
Kat dalam vlog ni saya ada tunjuk cara fixed mekap yang pecah, samyang challenge di antara ain dan aina(anak saudara saya) dan saya kena cucuk? jeng jeng ! Selamat menonton.


Pilih HD dan jangan lupa like dan subscribe ke youtube channel saya.




Terima kasih.

Rock Makeup Tutorial


Assalamualaikum.
kali ni saja nak buat tuto mekap ala-ala rock.Kalau ikutkan saya, keluar jalan-jalan pun saya boleh pakai mekap macam ni, confident katako... tapi kalau anda rasa mekap ni over, boleh ja buat waktu tertentu saja contohnya waktu dinner bertemakan rock ke? atau photoshoot dll.Yang penting saya tunjuk teknik yang simple saja, so semua orang boleh cuba.
Selamat menonton.


Pilih HD dan jangan lupa like dan subscribe ke youtube channel saya.
Product list ada kat description box video ni.


Gambar kat bawah ni guna studio lighting.
Pakai tudung, baju dan warna mekap yang gelap, terus muka i nampak putih melepak wakaka😜.





Kat bawah ni pulak gambar guna natural lighting.







Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 45 | Sheet Mask & Beauty Haul


Assalamualaikum.
Dalam vlog kali ni saya ada kongsi pasal sheet mask dan produk-produk yang saya beli.
Selamat menonton.


Pilih HD dan jangan lupa subscribe ke youtube channel zoeyzauyah.




Terima kasih.

zoeyzauyah vlog EP 44 | The Big Three!


Assalamualaikum.
Ini ialah vlog sempena birthday saya hari tu.Selamat menonton 😘.


Pilih HD dan jangan lupa sunsbcribe ke youtube channel saya untuk video terbaru.



Terima kasih.