Tradisi ramadan pertama.


Assalamualaikum.
Sempena bulan puasa yang mulia ni, che ta eh saya zoey zau yah nak ucapkan selamat menyambut bulan ramadan yang mulia.Semoga kita semua diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan urusan untuk berpuasa dan melakukan amal ibadat sebanyak-banyaknya.

Dalam entry ni saya akan bahasakan diri sebagai aku.Aku weh aku wakaka! Bukan nak kurang ajar tapi saje nak bahasakan aku, macam mesra je kan? ceh dah 8 tahun buat blog baru sekarang kau nak mesra-mesra? kah..!

Sejak hari tu lagi aku dah pungpang pungpang nak update blog di bulan ramadan.Alhamdulilah berkat ramadan terbuka hati nak menulis blog semula, harap-harap istiqamah la hendaknya tapi bukan lah update setiap hari.Dulu lain, aku bersemangat waja, sehari entah berapa entry aku updated, macam tak ada kerja lain gayanya.Tapi tak apa lah, update sekali sekala pun dah puas hati sebab rindu weh nak tulis kat blog kesayangan ni.Eceh dan-dan kesayangan­čść.


Dua gambar daging dah berlalu, tapi kelibat isi utama entry belum nampak batang hidung.Sejak dulu memang macam ni, bukan main liat nak update blog, tapi sekali start menulis, bersimpang siur peginya, isi utama tak sampai-sampai jugak.. wakaka.

Sebenarnya aku nak cerita pasal budaya atau tradisi orang dulu-dulu setiap kali menyambut puasa dan sahur yang pertama.

Dulu aku pelik kenapa sehari sebelum puasa ramai betul orang jual daging.Di mana-mana ada daging dan ada daging di mana-mana eh! Kat tepi jalan yang selalu sunyi pun tetiba banyak gerai jual daging, tapi dulu la, sekarang aku tak pasti sebab dah lama aku tak keluar rumah hehe.

Dulu arwah pak aku pun akan tanya mak nak beli apa untuk sahur esok? daging? wah glemernya daging! jadi aku pun tanya la kat mak kenapa tetiba daging menjadi sangat popular? kenapa orang nak beli daging untuk puasa pertama?

So mak aku pun story la... katanya ini tradisi sejak dulu sebab zaman dulu daging dan ayam ni mahal, ramai pulak orang yang susah, jadi tak berapa mampu nak makan selalu.Bila tibanya ramadan orang masih malas-malas nak bangun sahur yang pertama, so bila adanya lauk daging atau ayam ni kira special lah. Orang akan bersemangat nak bangun sahur sebab ada lauk sedap dan special. Lauk special dan mahal untuk bersahur dan berbuka bagi meraikan kedatangan ramadan juga lah konsepnya.Oh begitu rupanya.. ku pikirkan kenaaapaaa(nada zaman P.Ramlee).


Sekarang aku tak tau la samada orang masih mengamalkan tradisi yang sama atau tak. Dah ramai pun golongan berusia yang dijemput Ilahi, maknanya golongan yang mengamalkan tradisi menarik ni semua dah takde.Golongan muda apa tau sangat? eh tapi aku tau wakaka(nak ngaku muda la tu).Lepas arwah pak dah tak ada, aku pun tak pasti rumah ni masih mengamalkan tradisi ni atau tak.Tak sempat pulak nak perhati.Tapi tahun ni kakna masak lauk ayam masak kicap untuk sahur yang pertama dan daging untuk berbuka, tak pasti sebab dia meneruskan tradisi atau kebetulan saja. Tahun ni mak aku dah tak sihat, so kakna lah kena ambil alih bab sahur, berbuka dan semua bab.Aku bab melantak dan menyibuk aje kahkah.

Eh jap, perasan tak 3 gambar daging kat atas ni lebih kurang sama aje? Aku suka ambil gambar banyak-banyak lepas tu sayang nak delete, ada baiknya aku letak banyak-banyak tapi yang tak baiknya bila memori aku cepat full, isk!


Untuk menyokong kata-kata aku bab tradisi ni, hangpa boleh tengok sendiri dari komik 3 dara pingitan ni.Cerita asal diterbitkan pada tahun 1991 kalau tak salah aku.Umur aku 3 tahun waktu tu, puasa ke hapa pun aku belum tau.Kat dalam ni ada cerita pasal nak sambut puasa.Kebetulan aku baca komik ni, tetiba terjumpa cerita yang aku rasa betul lah apa mak aku cakap, sambut puasa ada daging lah, ayam lah, si esah siap buat lemang katako...


"Masak ayam je".Tak 'je' lah sebab zaman tu ayam masih dikira sebagai lauk yang mahal. Sekarang hari-hari kita mampu makan ayam dan daging, starbucks aje mampu sekali sekala, eh! kahkah (paham ke tak paham?).


Ko tengok abang ajiz eh pakcik ajiz pun beli daging nak sambut puasa.Kurang ajo sangat kan aku nak panggil orang tua abang walaupun komik sajo kahkah.


Baiklah, ini entry pertama untuk puasa pertama 2018 ni.Insyallah lepas ni aku update lagi walaupun pembaca blog sekarang tak semeriah dulu.Ini semua salah instafamous! kahkah tak pasal-pasal.


Selamat berpuasa semua, salah silap harap dimaafkan.Aku insan biasa selalu buat salah dan dosa, insap sekejap lepas tu buat balik, huduh perangai wakaka.


Terima kasih.
Bye.