zoeyzauyah vlog EP 54 | What I've Been Doing


Assalamualaikum.
Minggu ini kembali dengan vlog, tapi sudah terang dan nyata saya tak tahu nak letak tajuk apa haha... Selamat menonton.


Pilih HD.Jangan lupa like dan subcribe untuk video terbaru.


Follow saya di instagram zoeyzauyahofficial saya kerap update di sana terutama di ig story.Jumpa di sana ๐Ÿ˜‰.


Terima kasih.

Natural Daily Makeup Tutorial


Assalamualaikum.
Percayalah ramai di antara kita sebenarnya suka bermekap supaya tak nampak pucat tapi sebolehnya mahukan mekap yang paling natural ala-ala 'makeup no makeup' konsepnya, jadi untuk tutorial mekap kali ini saya tunjukkan mekap yang sangat natural dan mudah dibuat.Mekap ini sesuai sebagai mekap harian, ke tempat kerja, jalan-jalan atau duduk rumah pun boleh! yang penting mekap ringkas macam ni senang nak cuci sebelum wudhuk dan senang dibuat semula selepas habis solat.Jadi cepat-cepatlah tengok tuto ni dan cuba sendiri! ๐Ÿ˜†.Owh sebelum anda keliru lain benar rupa saya kali ni, maaflah belum mampu nak bedah plastik (dan tak hingin pun! haha) tapi ini anak saudara saya.Amboi untunglah ada ramai anak saudara perempuan, boleh sambar sekejap jadi model auntie haha.Thanks Aina jadi model auntie.. auw auw๐Ÿ˜‚.


Pilih HD ya dan jangan lupa like, share dan subscribe ke youtube channel zoeyzauyah untuk video terbaru.Thanks hangpa ๐Ÿ˜‰.


Gambar hasil mekap kali ini menggunakan lampu studio.


Yang ini pun guna lampu studio.


Yang ini gambar hasil mekap menggunakan cahaya semulajadi.


Dan yang ini juga menggunakan cahaya semulajadi.



Insyaallah jumpa lagi dalam tutorial akan datang.


Terima kasih.

Ramadan 2018

Assalamualaikum.


Sejak jadi personal photographer kakna ni, fon saya dipenuhi dengan gambar makanan sampai habis memory dek gambar yang terlalu banyak.Tambah pulak ramadan yang baru saja berlalu kami berdua sepakat nak ambil gambar juadah berbuka setiap hari buat kenangan, jadi penuh fon saya dengan hasil masakan kakna.Walaupun gambar ni semua untuk ig dan facebook beliau, tapi rugi pulak tak abadikan dalam blog kesayangan saya.. kah! kesayangan sangat, setahun sekali baru ada hati nak update betul-betul (maksudnya update untuk blog sepenuhnya bukan update yang youtube).


Ramadan hari tu hampir setiap hari kakna masak sendiri juadah berbuka, antara sebabnya tak sempat nak ke bazar ramadan disebabkan dia kena urus segala-galanya seorang diri termasuk menjaga saya dan mak yang tak sihat (tak boleh tinggal lama), cuaca hujan sejak hari pertama puasa (bayangkan bersesak di bazar dalam keadaan hujan lebat?), suasana bazar/makanan yang dijual yang ada kalanya kurang bersih dan yang paling penting sebab saya yang minta kakna masak sendiri di rumah sebab fobia dengan kes keracunan makanan dan makanan yang tidak bersih (baca orang shared keracunan makanan sampai masuk hospital dan ada yang sampai menemui ajal atau terjumpa benda-benda yang tak sepatutnya di dalam makanan!).Fuhh fobia sampaikan ada hari kakna plan nak beli makanan di bazar ramadan saya bangkang sekeras-kerasnya haha! tapi ada sekali dua terlepas jugak beli di bazar, itu pun sebab terpaksa.


Jadi untuk menghargai penat lelah kakna masak sedap hampir setiap hari, nah saya kongsi juadah yang sempat kami berdua tangkap gambar.Kalau nak tengok gambar masakan kakna yang saya ambil, boleh ke ig beliau maisekutgift atau facebook ina eddy, kakna ada open order untuk makanan jugak seperti brownies, kek, cream puff dan lain-lain, boleh tengok kat sana.


Juadah hari pertama puasa.Mee goreng mamak, agar-agar pandan dengan santan dan air oren sanquick.


Juadah untuk hari kedua puasa.Bihun sup bakso, roti jala cicah gulai daging dan minuman pulak air bandung.


Juadah hari ketiga puasa.Bubur lambuk, popia carbonara dan air cincau jagung.


Juadah hari keempat puasa.Nasi dagang dengan gulai ayam dan bahan-bahan pelengkap, air minuman tu soda herbs.Adik saya cce suka betul buat air ni (dalam gambar ni kakna yang buat), tapi pelik sungguh rasa dia sampai terasa-rasa di lidah hingga ke tengah malam padahal minum sikit je waktu berbuka haha.


Juadah hari kelima puasa.Laksam dengan coq keria (tapi kakna salut gula seperti donut).Air tak dapat dikenalpasti sebab dah lupa haha.


Juadah hari kelapan puasa.Pisang goreng cheese, nasi goreng nenas dan air fanta (kakna buat sendiri dan pastinya tanpa gas).Nenas jiran yang bagi hasil yang dia tanam(kalau tak salah dia tanam pokok nenas ni bersama arwah pak saya dulu).Manis betul baunya.


Juadah hari ketujuh puasa.Mee bandung, kuih tako yang kakna buat bentuk 3 segi dan air sirap lemon.


Juadah hari kelapan puasa.Fetuccine carbonara, roti lapis daging berkeju dan air fair lady.Air ni paling sedap bagi saya untuk puasa tahun ni.Dengan gabungan air laici dan oren sanquick, simple tapi sedap (untuk tekak saya lah).


Juadah hari kesembilan puasa.Bihun sup utara tapi kakna kata bihun tiba-tiba jadi pucat, tak kuning seperti kebiasaan bihun sup utara.Warna kuning luntur katanya! haha. Minuman pulak air soya cincau.


Juadah hari kesepuluh.Abang saya sekeluarga balik berbuka sekali dan beli kek ni untuk birthday mak.Hari ni dah ramai, kakna tak masak sebaliknya dia beli di bazar ramadan (kan dah cakap tadi terlepas jugak beli kat bazar๐Ÿ˜†).Walaupun kek ni bukan kakna yang buat tapi tak kira nak letak jugak  gambar dia haha.


Juadah hari kesebelas.Mee kari, puding karamel dan air ribena longan.sedap betul puding karamel ni sampai teringat-ingat dan minta kakna buat lagi.Ada dua lapisan sebenarnya, karamel dan coklat.Dan air kedua tersedap di bulan ramadan tahun ini jatuh kepada air ribena longan ini! sayangnya tak berani minum banyak sebab ada longan, dah lama tak makan longan jadi saya takut kot-kot dia buat saya penat dan susah bernafas, isk!


Juadah hari kedua belas puasa.Mee sanggul goreng, roti kebab daging dan milo ais kaw.Roti kebab daging tu saya yang minta kakna buat sebab tahun lepas dia pernah buat, teringat kesedapannya sampai ke tahun ni (over) haha.


Juadah hari keempat belas puasa.Chicken grilled bersama black pepper sauce, mash potato dan coslow.Air dah lupa.Coslow tu kakna letak jagung bersama carrot sebab seisi rumah tak boleh makan kobis, tapi sedap sebab ada rasa manis-manis jagung dengan carrot tu.Perasan tak terus ke hari keempat belas tak ada hari ketiga belas? hari ketiga belas kakna balik berbuka di rumah mertua dia, jadi adik saya cce yang masak hari tu.Cce masak moi (bubur nasi) dan abang saya balik dia beli karipap di bazar.Memandangkan waktu berbuka tu saya tak lalu makan, bila dah lapar balik malam tu suami saya beli kfc saja.Kesimpulannya tiada gambar juadah pada hari tersebut.


Juadah hari kelima belas.Koay teow ladna, pulut seri muka dan air dragon mix fruit yang viral tu... tapi air ni tak berjaya untuk menjadi favourite saya๐Ÿ˜‚.


Juadah hari keenam belas.Nasi lemak bersama bahan pelengkapnya seperti masak cabai(sambal tumis) ikan kering, telur rebus, ikan bilis goreng bersama kacang dan timun.


Juadah hari ketujuh belas.Bihun goreng tomyam, puding coklat karamel dan air ribena bandung.Puding sama macam hari kesebelas berbuka puasa.Pasal sedap sangat, jadi minta kakna buat lagi dan macam biasa lah habis licin!


Juadah hari kelapan belas puasa.Maggie goreng mamak, kuih lopes dan iced lemon tea.Saya tak minum pun air tu sebab saya tak boleh minum teh nanti angin satu badan๐Ÿ˜‚.


Juadah hari ke sembilan belas.Chicken chop, fries, coslow dan air fresh orange.Tengah mengunyah chicken chop ni lah gusi saya mula sakit dan bermula lah ramadan ku yang murung tapi sedap sebab yang kakna buat ni tak rasa hanyir telur dan ayam masak elok di bahagian dalam.


Juadah hari kedua puluh puasa.Cucur udang campur cicah kuah kacang, puding cincau dan air sarsi.Kenangan betul bila kakna buat cucur udang campur ni sebab arwah pak dulu suka beli cucur udang campur macam ni.


Juadah hari kedua puluh satu puasa. Laksa sotong(laksa kedah) dan kuih cara manis.Laksa tu saya yang minta kakna buat sebab memang favourite saya.


Juadah hari kedua puluh dua puasa.Nasi serai, ayam masak ros, air asam kerisik dan jus nenas.Buat kali kedua jiran saya bagi buah nenas yang dia tanam.Manis-manis, kuning dan wangi betul nenasnya.terliur, terus minta kakna buat jus.


Juadah hari kedua puluh tiga puasa.Spaghetti goreng black pepper dan kuih nona manis.


Juadah hari kedua puluh empat puasa.Mee sup dengan coq kodok pisang (jemput pisang).


Juadah hari kedua puluh lima puasa.Nasi tomato, kurma daging, ayam merah, acar timun nenas dan smoothie strawberry.


Juadah hari kedua puluh enam puasa.Yee mee sizzling, puding milo oreo dan smoothie nenas.


Untuk hari kedua puluh tujuh kakna tak masak sebab dah mula mengemas rumah, jadi hanya beli kfc dan pizza untuk berbuka.Hari kedua puluh lapan kakna masak bihun singapore tapi saya tak tangkap gambar sebab sibuk tahan sakit gusi dan kalau perasan gambar-gambar terakhir tu tak ada ulasan lebih-lebih sebab dah tak boleh nak nikmati makanan dengan baik, telan untuk isi perut semata-mata haha๐Ÿ˜‚.Hari kedua puluh sembilan yang merupakan hari terakhir puasa, kakna masak nasi daging tapi tak ambil gambar juga sebab kakna tak sempat dan letih buat persiapan raya untuk esoknya dan saya sendiri pun tak sihat.


Alhamdulilah Allah masih bagi peluang melalui ramadan pada tahun ni tapi kecewa sebab tak dapat buat amal ibadat banyak-banyak.Mana taknya, sejak hari pertama saya dah mula sakit perut dan rasa sangat lemah sampai ke pertengahan ramadan.Bila dah hujung-hujung sakit gusi pulak, isk..isk.Kawan-kawan tolong doakan saya sembuh dan sihat ya? supaya dapat melalui ramadan pada tahun depan, buat amal ibadat lebih banyak dan lebih baik dari tahun ni, Insyaallah.



Jangan salah sangka bila saya dan kakna selalu updated gambar masakan, bukan menunjuk tapi upload sebagai kenangan, hobi dan kakna sendiri ambil order makanan, jadi kena update selalu.Harap tak ada yang salah faham.


Insyaallah next entry saya update pasal raya pulak.



Terima kasih.






zoeyzauyah vlog EP 53 | How We Make Ketupat Palas & Facial Again.


Assalamualaikum.
Kat dalam video ni saya tunjuk macam mana kakna buat ketupat palas tapi ini bukan tuto atau resepi, saya cuma kongsi aktiviti kami buat ketupat palas.Saya ada tunjuk jugak aktiviti saya buat facial sendiri.Selamat menonton.


Pilih HD dan jangan lupa like dan subscribe ke youtube channel saya.




Terima kasih.