Natural Daily Makeup Tutorial


Assalamualaikum.
Percayalah ramai di antara kita sebenarnya suka bermekap supaya tak nampak pucat tapi sebolehnya mahukan mekap yang paling natural ala-ala 'makeup no makeup' konsepnya, jadi untuk tutorial mekap kali ini saya tunjukkan mekap yang sangat natural dan mudah dibuat.Mekap ini sesuai sebagai mekap harian, ke tempat kerja, jalan-jalan atau duduk rumah pun boleh! yang penting mekap ringkas macam ni senang nak cuci sebelum wudhuk dan senang dibuat semula selepas habis solat.Jadi cepat-cepatlah tengok tuto ni dan cuba sendiri! 😆.Owh sebelum anda keliru lain benar rupa saya kali ni, maaflah belum mampu nak bedah plastik (dan tak hingin pun! haha) tapi ini anak saudara saya.Amboi untunglah ada ramai anak saudara perempuan, boleh sambar sekejap jadi model auntie haha.Thanks Aina jadi model auntie.. auw auw😂.


Pilih HD ya dan jangan lupa like, share dan subscribe ke youtube channel zoeyzauyah untuk video terbaru.Thanks hangpa 😉.


Gambar hasil mekap kali ini menggunakan lampu studio.


Yang ini pun guna lampu studio.


Yang ini gambar hasil mekap menggunakan cahaya semulajadi.


Dan yang ini juga menggunakan cahaya semulajadi.



Insyaallah jumpa lagi dalam tutorial akan datang.


Terima kasih.